Posts

Cuti-cuti Malaysia Naik Keretapi

Image
Bulan 6 baru ni aku ke Kelantan, Pulau Pinang dan Perak. Aku naik keretapi dari KL. Saja nak merasa pengalaman naik keretapi dalam negara sendiri. Mari aku cerita pengalaman aku bercuti dalam Malaysia menaiki keretapi. KTM Ekspres Rakyat Timuran Cara beli tiket: Sebelum naik keretapi mestilah kena beli tiket dulu kan. Ada pelbagai cara nak beli tiket ni. Boleh beli di kaunter, website  KTMB  ataupun di aplikasi KITS. Aku guna KITS sebab lebih mudah dan pantas. Cara nak beli tiket di KITS dan laman web KTMB ni sama je. Yang penting kena daftar dulu. Dah daftar boleh terus log in dan mula beli tiket. Kalau tak daftar, kita cuma boleh semak jadual perjalanan tapi tak boleh beli tiket. Aplikasi KITS dari KTMB Website KTM. Pilih New Ticketing untuk beli tiket Masukkan destinasi Pilih tarikh perjalanan sehala atau dua hala. Pilihan jadual yang diberikan. Kalau nak naik ETS dari Gemas pukul 1 pagi, baik naik ETS pukul 9.40 malam dari K Sentral. Sampai Gemas lebih kurang pukul 12 teng...

Shimane: Tapak Sejarah Lombong Iwami Ginzan

Image
Destinasi seterusnya kami ke Iwami Ginzan yang merupakan bekas tapak lombong perak di bandar Oda. Lombong ni adalah lombong perak terbesar dalam sejarah Jepun.Ia akif selama hampir empat ratus tahun, dari penemuannya pada tahun 1526 hingga penutupannya pada tahun 1923.Diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO pada tahun 2007. 

Shimane: Izumo Taisha

Image
Balik dari Tsuwano, kami terus ke Hiroshima. Esoknya lepas jalan-jalan di Hiroshima, naik tren ke Matsue, Shimane. 4 jam perjalanan. Dalam tren, semua tidur. Kepenatan. Sampai Matsue, dah malam. Terus ke guesthouse yang kami dah booked, berdekatan dengan stesen Matsue.

Shimane: Pekan kecil bernama Tsuwano

Image
Trip kali ni kami pergi jauh ke pedalaman. Kami gunakan JR pass sehabis baik. Dari Tokyo hingga ke Shimane dan balik semula ke Tokyo. Kalau dikira kos sebenar pengangkutan sepanjang perjalanan ni, hampir mencecah RM 4000. Tapi kami gunakan JR Pass, maka dapatlah berjimat sebab harga JR pass cuma lebih kurang dalam RM 1100 sahaja (pass 7 hari) . Syukur ada JR pass untuk kegunaan pelancong. Hehehe.

Okinawa Day 4 - Sakura di Nakijin

Image
Pagi ni lepas check out dari  Hotel kami terus ke Nakijin Castle ruins. Dekat je dengan hotel tempat kami menginap. Dalam 10 minit perjalanan dengan kereta. Sedikit sejarah mengenai Nakijin Castle. Pada masa dulu Okinawa Honto dibahagikan kepada tiga kerajaan. Hokuzon di Utara, Chuzan di tengah dan Nanzan di selatan.

Okinawa Day 3 - Whale shark di Akuarium Churaumi

Image
Pagi ni kami tinggalkan Naha utuk ke tempat lain. Untuk ke kawasan luar dari Naha, biasanya orang akan sewa kereta. Lebih mudah. Boleh juga naik bas tapi mungkin akan makan masa yang lama. Selain itu, ada juga agensi perlancongan yang menawarkan pakej pakej lawatan dengan menaiki bas persiaran. 

Okinawa - Day2 Naha

Image
Assalamualaikum...Semangat baru datang untuk update blog. Hihi.  Tahun 2020, aktiviti kita terbatas disebakan Covid-19.  Percutian ke luar negara kini hanyalah dalam memori. Semoga kita semua tabah menghadapi keadaan ini dan didoakan semoga semuanya baik baik belaka. Harapnya Covid-19 segera berlalu pergi dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sementara ini, kita jalan jalan dalam negara dulu. Malaysia pun cantik juga.  

Okinawa: Tokyo to Naha

Image
Ku tinggalkan cinta di Okinawa....Chewah... Aku baru balik dari Jepun minggu lepas. Kali ni aku ke Okinawa dan Tokyo. Kenapa Okinawa? Kalau ikutkan, Okinawa bukanlah destinasi percutian popular bagi orang Malaysia. Kebanyakan orang Malaysia yang ke Jepun lebih bertumpu ke Tokyo, Osaka, Kyoto. Tapi, aku nak sangat pergi Okinawa ni sebab kebanyakan tempat di Jepun ni aku dah pernah pergi. Jadi, trip kali ni nak lah kelainan sikit. Kisah bermula bulan March 2017 bila kawan aku, WSK ajak pergi bercuti. Masa tu kami bincang dan terus buat keputusan nak ke Okinawa Jepun. WSK beli tiket dulu sebab masa tu aku tengah sibuk plan aku punya trip mengejar sakura Jepun bulan April 2017 (belum sempat update dalam blog pasal trip ni..hahaha) Bulan 10, baru aku beli tiket dan kebetulan masa tu Malaysia Airlines ada promo. Terus sambar tiket  ke Tokyo padahal sehari lepas tu ANA pulak ada promo murah sikit harga dari MAS. Ciss, tak apalah dah beli kan. Kalau nak lagi murah, dari Taiwan ada direct...

Hotel review: Maruka Ryokan, Yudanaka

Image
Assalamualaikum...Wah dah bulan September. Last update blog bulan January.. hikhik. Lama blog ni terbiar. Cerita winter trip ke Jepun pun lama tergantung.. Kali ni nak cerita pasal ryokan (Japanese traditional inn) yang kitaorang stay di Yudanaka. Tak sempat nak cerita pasal trip, kita cerita pasal lain dulu ye. Tujuan nak ke Yudanaka sebab nak ke Jigokudani Snow Monkey Park. Alang-alang dah sampai sini nak lah juga bermalam di salah satu ryokan kat sini. Saja nak merasa tidur di ryokan kat Jepun ni. Lepas puas mencari akhirnya Maruka Ryokan yang jadi pilihan. Sebab utama aku pilih ryokan ni adalah sebab ini yang paling murah. Hahaha. Harga 12,150 yen per room untuk satu malam. Booked dari booking.com Maruka Ryokan dari luar Tapi murah bukan sebarang murah. Walaupun murah, layanan yang diaorang bagi memang terbaik. Ryokan ni besar. Ada 3 tingkat kalau tak silap aku. Kitaorang booked satu bilik untuk 3 orang. Bilik agak besar untuk 3 orang. Dalam bilik. Boleh lepak duduk...

Japan Winter Trip: Total Expenses

Image
Takino Suzuran Hillside Park Assalamualaikum...Alhamdulillah selamat sampai Malaysia malam semalam. Malaysia sangat panas! hahaa.. Sebelum buka kisah trip ke Jepun, ada baiknya aku bentangkan belanjawan dulu. Bukan apa, takut nanti tah bila kisah Jepun ni nak habis jenuh lah nak tunggu pasal budget kalau letak kat hujung cerita. Maka inilah budget trip winter ke Jepun hari tu.  Based on exhange rate - 100 yen = MYR 3.710 (nangis dalam hati tengok rate mahal cam ni..huhu) Tempat yang sempat kitaorang pergi dalam trip ni : Tokyo-Sapporo-Hakodate-Kyoto-Takayama-Shirakawago-Yudanaka.  Accommodation Dua malam di Sapporo kitaorang tumpang tidur kat rumah Malaysian yang baik hati sudi tumpangkan kitaorang. Malam last tidur di Narita Airport sebab flight balik awal pagi+sayang duit.bahaha.  Tokyo - Khaosan Original (female dorm) Total 2 nights 13,200 yen Hakodate - Smile Hotel (3 bed room) Total 1 night 7,500 yen Kyoto - Hostel Ha...

Bangkok trip: Teksi

Image
Bangkok Assalamualaikum. Kali ni aku nak cerita pasal trip ke Bangkok. Dah lama dah trip ni, bulan 12 last year. Tapi aku nak cerita pasal pengalaman naik teksi kat Bangkok je. Disebabkan kitaorang book hotel last minit (beberapa hari sebelum trip), banyak hotel yang dah penuh. Tak ada pilihan, terpaksa book hotel yang agak jauh dari central. Makanya, nak keluar ke tempat-tempat lain terpaksalah kitaorang naik teksi. Boleh je nak naik bas ke train station tapi kitaorang malas. Hehe. Naik teksi senang sikit  Tak ada lah mahal sangat pun, dalam 50 ke 80 bath (dalam rm5 -rm8 duit kita) ke MBK. Hari-hari stop kat MBK sebab tu station paling dekat dengan hotel. Lagipun nak makan kat sana. Macam-macam ragam pemandu teksi kitaorang jumpa sepanjang trip ni. Ada yang baik, ada yang macam hampeh, ada yang penipu. Macam-macam lagi lah. Ni nak cerita ni, antara jenis-jenis pemandu teksi yang kitaorang jumpa: 1) The first taxi Masa ni kitaorang baru sampai dari Ayuttahaya. Dari Hua L...