Okinawa: Tokyo to Naha

Ku tinggalkan cinta di Okinawa....Chewah... Aku baru balik dari Jepun minggu lepas. Kali ni aku ke Okinawa dan Tokyo. Kenapa Okinawa? Kalau ikutkan, Okinawa bukanlah destinasi percutian popular bagi orang Malaysia. Kebanyakan orang Malaysia yang ke Jepun lebih bertumpu ke Tokyo, Osaka, Kyoto. Tapi, aku nak sangat pergi Okinawa ni sebab kebanyakan tempat di Jepun ni aku dah pernah pergi. Jadi, trip kali ni nak lah kelainan sikit.

Kisah bermula bulan March 2017 bila kawan aku, WSK ajak pergi bercuti. Masa tu kami bincang dan terus buat keputusan nak ke Okinawa Jepun. WSK beli tiket dulu sebab masa tu aku tengah sibuk plan aku punya trip mengejar sakura Jepun bulan April 2017 (belum sempat update dalam blog pasal trip ni..hahaha) Bulan 10, baru aku beli tiket dan kebetulan masa tu Malaysia Airlines ada promo. Terus sambar tiket  ke Tokyo padahal sehari lepas tu ANA pulak ada promo murah sikit harga dari MAS. Ciss, tak apalah dah beli kan. Kalau nak lagi murah, dari Taiwan ada direct flight ke Okinawa. Boleh lah lepas ni siapa siapa nak buat route KL-Taipei-Okinawa. Macam kami tesilap plan sebab tak teringat pasal direct flight dari Taiwan. Tu yang beli return tiket Tokyo tu.

Flight kami ke Okinawa pagi Jumaat, 2 Februari dari Aiport Narita ke Airport Naha. Kami naik Jetstar. Masa ni dapat lah tiket dalam rm520 seorang pergi balik.  Mahal juga sebenarnya flight ke Okinawa ni dari Tokyo. Nak di jadikan cerita, hari ni Tokyo turun salji. Masa tu kami dah siap sedia duduk dalam flight. Sekali, tak jadi terbang sebab salji. Sayap kapal terbang beku agaknya. Kena sembur dengan apa tah. Air panas agaknya, nak cairkan ais. 3 jam kami duduk dalam tu...hahahaha... untuk sampai Okinawa ambil masa dalam 3 jam. Tapi kami ni dah jadi 6 jam, campur masa menunggu dalam flight.. Habis lari plan. Tapi nak buat macam mana, redho jelah..

Sampai je Airport Naha, terus ambil monorel ke stesen Kencho Mae ataupun nama lain nya Prefectural Office Station yang dekat dengan hotel kami. Kami dah booked Grace Naha Inn. Ok lah, dekat dengan stesen monorail dan Kokusai Dori shopping street yang paling happening di Naha. Boleh jalan kaki je.

Selesai urusan check in, rehat sekejap dan malamnya kami ke Kokusai Dori. Ingatkan nak lah cari makanan kat sini. Tapi, susah sangat cari makanan halal di Okinawa ni..huhuhu. Di Okinawa ni diaorang lebih banyak makan daging...so agak susah. Even kedai sushi pun ada pork sushi..pasar ikan pun jual pork. Sepanjang di Naha, memang susah nak cari restoran yang tak ada jual pork..hahaha.. ada, tapi tak banyak. Kena pandai cari.

Monorel Yui Line. Satu satunya monorel di Naha. Tak payah nak pening kepala tengok subway map berselirat macam Tokyo

Tengah tengah bandar Naha. Kalau di Tokyo ada Shibuya Crossing, di Naha ada Naha Crossing (sesuka hati bagi nama)

Sepanjang jalan ni lah Kokusai Dori tu. Nak beli sourvenir ke sini lah tempatnya. Jalan lah dari hujung ke hujung kalau larat.

Kokusai Dori. Kalau masuk sini, dia akan keluar kat shopping street yang lain pulak.


Bersambung...(bila aku ada masa nak update😅)

Comments

Popular posts from this blog

Shimane: Pekan kecil bernama Tsuwano

Yokoso Japan : Day 3 Tokyo~Takayama

Okinawa Day 4 - Sakura di Nakijin