Yokoso Japan: Day 6 Kawaguchiko (Shibazakura Festival)

Sepanjang di Jepun ni, aku selalu je terjaga awal-awal pagi. Tak tahu lah kenapa. Sebab excited agaknya..hahah..Hari ni nak cerita pasal Fuji Shibazakura festival.

Sebelum tu, secara ringkas pengenalan tentang Shibazakura festival ni. Aku copy paste je dari japan guide website. Sila check website http://www.shibazakura.jp/eng/index.html untuk tahun ni punya festival date.


Aku keluar jalan kaki dari hostel ke station Kawaguchiko sebab nak naik bas ke festival ni. Cuaca pagi ni memang sejuk tapi tepaksa la tahan. Aku pergi Jepun ni cuma bawa sweater biasa je sebab sebelum pergi aku tengok weather forecast tak adalah sejuk mana. Sekali dah sampai sana, ambik kau! hahahaha...tapi, aku memnag tak tahan sejuk. 

Jalan kaki dalam 20 minit ke station. Tapi tak terasa lama sebab sambil jalan sambil tengok mount.Fuji yang besar gedabak depan mata. Sambil jalan sambil ambil gambar. Kalau nak tengok mount Fuji ni dengan clear, seeloknya keluar waktu pagi. Start tengah hari, dah banyak awan so memang peluang nak ambil gambar yang clear tu memang agak tipis lah.

Mount Fuji dari K's House. Aku zoom besar-besar

Lepak kat station sambil tunggu kaunter tiket bas ke festival ni buka. Kaunter tiket bas dia kat luar, Kat platform 7 kalau tak silap. Tiket dia jual secara pakej. 1900 yen termasuk tiket bas pergi balik dan tiket masuk sekali. So, sila simpan tiket tu sebab nak balik nanti nak guna lagi. Sementara nak tunggu bas datang, aku masuk tunggu dalam station sebab sejuk.

Selain dari Kawaguchiko, ada juga bas direct dari Tokyo ke Shibazakura festival ni. Sila check kat link website di atas untuk maklumat lanjut.

Tak lama lepas tu bas pun sampai, Aku orang pertama dapat naik bas :-) Nasib aku datang awal. Siapa naik lambat kena berdiri sebab bas dia kecik je. Perjalanan dari Kawaguchiko Station ke Shibazakura Festival lebih kurang 35 minit. Lenguh jugak nak berdiri. Tapi, masa balik aku kena berdiri..Huhuhu..


Bas akan berhenti dekat bus terminal macam dalam map kat atas. Nak balik nanti pun tunggu bas di tempat yang sama. Kalau bas persiaran dia berhenti kat parking area tu lah kot. Aku pun dah ingat-ingat lupa dah. Pergi kat kaunter tiket dan tunjuk tiket yang kita dapat masa beli tiket bas tadi. Lepas tu, boleh lah masuk dan bersiap sedialah untuk ambil gambar banyak-banyak. As I said, kalau nak dapat clear view Mount Fuji sila datang waktu pagi. Aku pun tak tahu nak cerita apa entri ni. Layan gambar jelah ye :-) Aku tak tahu kenapa gambar aku kat sini semua gelap. Tak reti setting kamera kot..huhuhu..





Bunga putih pun ada
Pink Shibazakura

Bunga lain pun ada juga

Kat sini memang ramai orang. Susahlah nak ambil gambar tanpa ada kelibat orang lain. Pasrah je lah. Yang datang bergambar degan jubah konvo pun ada. Dah tu pulak bukan orang Jepun, tapi orang Thailand. Haha..kalau rasa-rasa nak gambar konvo yang kebaboom, boleh lah datang ambil gambar kat sini :-) Siapa yang datang seorang jangan risau kalau tak dapat ambil gambar sendiri. Ramai je yang akan offer diri untuk tolong ambilkan. Susah sangat, selfie jelah :-) Ada juga servis untuk ambil gambar kalau nak. 1000 yen rasanya dia charge.

Masa aku pergi ni, bunga-bunga kat sini belum berbunga sepenuhnya lagi. Kalau nak datang sini, rasanya pertengahan/akhir bulan 5 kot baru dia berbunga semua. Masa tu view mesti lagi cantik. Kita layan gambar lagi.



Awan dah mula menutupi gunung Fuji

Kat sini juga ada gerai-gerai jual souvenir dan juga makanan. Aku beli kuih ikan inti kacang merah. Makan panas-panas time sejuk :-)



Kuih ikan yang aku beli

Lama juga aku spend masa kat sini. Yelah, lepas ni tah bila nak sampai lagi kan. So, haruslah tengok puas-puas. Dah tengah hari tu, aku pergi semula ke tempat tunggu bas untuk naik bas balik ke Kawaguchiko. Guna balik tiket yang beli pagi tadi. Ramai orang duk tunggu bas. Sila beratur dengan berhemah ye. Orang Jepun semua benda nak kena beratur. huhu.. Memang lah orang Jepun beratur elok-elok. Masalahnya, yang tunggu bas tu ramai bangsa lain. Diaorang main rempuh je. Sakit hati aku. Ada satu group ni, bila sorang lepas naik dulu boleh pulak dia chup tempat untuk geng-geng dia yang tak naik lagi. Bengang je semua orang.

Lepas 35 minit berdiri dalam bas, sampailah semula di Kawaguchiko station. Aku teruskan aktiviti meronda kawasan tasik pula. Sambung next entri..hehehe.

Comments

  1. Salam kenal, boleh tahu berapa harga tiket masuk mt uji tu...

    ReplyDelete
  2. Salam Kenal. Harga nak ke shibazakura festival ni 1900yen (lebih kurang rm57) Harga ni dah termasuk tambang bas pergi balik dari/ke Kawaguchiko station dengan tiket masuk sekali. Kalau nak pergi jangan pergi masa awal2 bulan sebab masa tu bunga tak berapa kembang lagi.

    ReplyDelete
  3. salam kenal =)
    awak pergi shibazakura bulan berapa ye? insya allah saya akan ke sini jugak bulan mei nanti. saya dah booking k house =)
    saya plan nak terjah festival ni pagi2...jam brp festival dibuka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal acik.
      Saya pergi sini awal May. Saya tak ingat start pukul berapa. tapi rasanya pukul 9 dan tutup pukul 5. Untuk tahun ni start 16 April - 29 May. Nak pergi bila tu? kalau datang awal May macam tak berapa cantik lagi. Dia tak fully bloom lagi.

      anyway, have fun planning your trip :)

      Delete
  4. Saya pun ke sini tahun lepas..cuma gari saya pergi ialah hari terakhir festival ni..hehe.. apa nak buat, cuti saya tak boleh di adjust sesuka hati. Masa tu kiranya dah masuk summer. Mmg panas berdenting masa kt kawasan shibazakura ni.. harga tiket ke situ pun dah dikurangkan sbb bunga dah x byk.. tp ttap la pergi juga sbb dah alang2 sampai kan.. plus masa tu saya gerak dari tokyo.. sampai Kawaguchiko mmg dlm pukul 10 am mcm tu.. masa di Kawaguchiko station boleh nampak jelas lagi fuji san tp bila sampai area shibazakura mmg fuji san dah kena tutup dek awan..huhu..apapun baca cerita mawar merah buat saya senyum sendiri mengenang kenangan ke sini..

    ReplyDelete
  5. Saya pun ke sini tahun lepas..cuma gari saya pergi ialah hari terakhir festival ni..hehe.. apa nak buat, cuti saya tak boleh di adjust sesuka hati. Masa tu kiranya dah masuk summer. Mmg panas berdenting masa kt kawasan shibazakura ni.. harga tiket ke situ pun dah dikurangkan sbb bunga dah x byk.. tp ttap la pergi juga sbb dah alang2 sampai kan.. plus masa tu saya gerak dari tokyo.. sampai Kawaguchiko mmg dlm pukul 10 am mcm tu.. masa di Kawaguchiko station boleh nampak jelas lagi fuji san tp bila sampai area shibazakura mmg fuji san dah kena tutup dek awan..huhu..apapun baca cerita mawar merah buat saya senyum sendiri mengenang kenangan ke sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Didi. Terima kasih singgah blog ni. Tahun ni ada member pergi mid-May pun dah tak dapat nak tgk. bunga dah habis. tahun ni rasanya awal kot.

      Delete
  6. Salam. Nk tnye, mid-end may blh nmpk lagi x mt fuji siap topping salji tu? Suhu kt kawaguciko tu brapa drjh? Plan nk g taon dpn..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Japan Winter Trip: Total Expenses

Shimane: Tapak Sejarah Lombong Iwami Ginzan

Hotel review: Maruka Ryokan, Yudanaka