Masih lagi di Kawaguchiko hari ni. Pagi-pagi lagi aku dah terjaga. Hari ni nak ke Kyoto pulak. Naik train lebih kurang 6 jam.
Lepas kemas beg semua aku terus turun bawah. Pergi dapur sempat lah buat breakfast untuk alas perut. Semalam dah informed hostel ni suruh hantar aku pergi train station pukul 8.30 pagi. Tak kuasa aku nak jalan kaki pagi tu, Dengan nak pikul beg lagi.
Sementara nak tunggu van ready, aku borak dengan staff K's House. Diaorang tanya aku stay kat mana di Kyoto nanti. Lepas aku bagitahu yang aku dah booked K's house Kyoto terus diaorang bagi aku map nak ke hostel tu. Memang bagus sangatlah diaorang bagi aku map tu sebab aku tak print detailed map nak ke sana.
Tepat pukul 8.30, van dah ready untuk hantar aku dan beberapa guest lain ke train station. Kat Jepun ni diaorang memang punctual ye. So, silalah hormati budaya mereka ni dan janganlah datang lambat.
Sampai station, menanti train sampai sambil tengok mount Fuji untuk kali terkahir. Entah bila nak sampai lagi kan..
Tak lama lepas tu train pun sampai. Sama macam waktu datang hari tu, aku kena tukar train banyak kali sebelum sampai Kyoto. Pasrah jelah. Alang-alang dah beli JR pass, gunalah sehabis baik. Kalau tak, rugi.
|
Jadual train Kawaguchiko-Kyoto
|
Masa dalam train dari Hachioji ke Shin-Yokohama aku duduk sebelah Japanese Guy. Peramah juga dia ni. Joey namanya. Banyak jugak yang kitaorang borak. Dia kerja as art collector. Dia tanya aku pasal arts kat Malaysia. Pitam aku nak jawab.Hahaha..manalah aku tau semua benda tu. Dia suka travel. Banyak country dia dah pergi. Best jugak dengar cerita dia. Tak adalah aku bosan sorang-sorang dalam train tu. Oh, kami borak in English ye. Kang salah faham ingat aku cakap Jepun pulak. Hahaha.
Sampai Shin-Yokohama station, aku kena tukar naik Shikansen ke Kyoto. Joey pulak nak ke tempat lain. Joey ajak lunch dulu. Dia nak belanja katanya..hihihi..Dia suruh aku pilih sendiri mana nak makan sebab dia takut dia tersalah pilih. Sebab tak banyak masa, kami pergi makan kat kedai udon dalam station tu je.
Dah habis makan, Joey hantar aku ke platform shikansen ke Kyoto sebab dia takut aku sesat. Hahahah..
Naik shikansen ke kyoto lebih kurang 2 jam lebih. Actually, aku dah pernah ke Kyoto dulu dan dalam banyak-banyak tempat kat Jepun ni, aku paling suka Kyoto. Sebab Kyoto ni tak sesibuk Tokyo. Lagipun dia bandar lama. Masih ada ciri-ciri tradisional combine dengan moden. Tempat pun cantik. Tapi, tempat mana yang tak cantik kat Jepun ni. Ceruk mana pun tetap cantik.
Kyoto Station ni tersangatlah besar hokay. 15 tingkat ye. Ada underground lagi. Dalam ni ada shopping mall, hotel, macam-macam lah. Dia ada banyak exit. So, make sure korang tahu exit mana nak tuju. Kalau salah exit, nanti dah terlepas ke jalan lain.
Dari Kyoto Station aku jalan kaki ke K's House Kyoto. Ikut map yang staff K's House kat Kawaguchiko bagi tadi. Dalam map tu kata 9 minit je jalan kaki dari station. Sangatlah tipu. 9 minit tu standard orang Jepun yang jalan laju. Langkah pendek macam aku ni kena tambah lagi 10 ~ 15 minit.
|
Map to K's House hostel Kyoto
|
|
Follow je instruction ni.
|
Sampai hostel, macam biasa layanan staff dia sangat lah mesra. Aku boked 4 bed female dorm. Staff dia bawak aku pergi dorm. Masa aku sampai ni tak de orang lagi dalam dorm ni. So, aku bebas pilih mana-mana katil yang aku nak. Rehat kejap. Sempat solat, basuh muka semua then aku keluar balik.
Gambar dalam hostel yang aku ambil dari website K's House Kyoto. Terlupa nak ambil gambar dengan kamera sendiri. Memang sebijik sama macam dalam gambar ni.
|
K's House Kyoto
|
Aku pergi reception minta map dan tanya macam mana nak ke Gion. Cara terdekat naik subway sebab hostel ni dekat dengan subway station. Berpandukan map, aku pun menapak ke station subway.
Aku nak pergi street yang banyak kedai-kedai kat Gion tu tapi aku tak jumpa. So, aku berjalan ikut suka hati. Last-last jumpa jugak.hahaha. Gion ni famous dengan geisha. Kalau nasib baik boleh lah nampak geisha melintas. tapi 2 kali aku datang sini tak pernah nampak pun. Aku just jalan-jalan cuci mata kat sini. Ada juga beli souvenir sikt-sikit mana yang murah tu.
|
Gion
|
Dari Gion, aku naik subway ke Kyoto Station. Aku jalan-jalan dalam station tu. Kat dalam ni ada Isetan. Ingat nak pergi ke Isetan punya supermarket sebab dengar cerita food market dia sangat lah meriah nak-nak lagi dekat closing time dia jual murah. But, off course la tak semua benda kita boleh makan. Aku just suka je nak pergi tengok..hihi.Tapi, kat sini kul 8 shopping mall dah tutup. So, aku balik je lah hostel.
|
Kyoto Station
|
|
Kyoto Tower. Bawah tu ada hotel
|
|
Kyoto Tower
|
|
Taxi
|
On the way balik hostel, singgah Kyoto Tower. Kat bawah tu ada souvenir shop. Masa nak masuk kedai tu terserempak dengan kakak-kakak dan abang-abang dari UPSI. Diaorang datang kursus kat Jepun. Kelas ko kursus kat Jepun. Aku kursus dalam KL je.huhu. Borak dengan diaorang. Diaorang nak jalan-jalan jauh sikit tapi tak berani. Takut sesat. So, jalan dekat-dekat hotel je. Aku bagi le sikit sebanyak info yang aku tahu kat diaorang mana-mana tempat yang diaorang nak pergi tu. Sempat juga bertukar no telefon dan FB dengan diaorang. Sepanjang trip kat Jepun ni, dah berapa ramai dah aku dapat kawan FB baru.hahaha
Sampai hostel, ada benda tak best berlaku. Tak ada apa sangat, tapi geram lah jugak.
Sebelum keluar, aku dah letak barang-barang aku atas katil. Aku kan orang first check in dorm ni. So, siapa yang masuk selepas aku, kalau tengok atas katil tu dah ada barang, patut dah tahu lah yang katil tu dah bertuan. Tapi...bila aku masuk je, barang aku ada kat atas lantai. Kat katil aku tadi ada sorang minah ni. Dia dari France. Aku pun tak ingat macam mana aku tahu dia dari mana.hahaha. Rasanya ada kot dia bagitahu lepas-lepas tu.
Aku tanya lah kenapa barang aku atas lantai dan bukan ke katil tu aku dah pilih dulu. Dengan selamba dia jawab "You can choose another bed. there's 3 empty bed here. I hope you don't mind" Don't mind kepala otak kau! Aku malas nak cakap dengan dia. Malas nak panjangkan cerita, aku just ambil katil lain. Pastu aku terus keluar, mandi then lepak kat luar. Nak tidur baru aku masuk.
Malam tu juga ada seorang perempuan dari China masuk dorm tu. Dia main handpone. Perempuan French tu dah tidur. Boleh pulak dia bangun pergi sound perempuan china tu jangan main handphone. Lampu handphone tu menganggu dia tidur. Ek eleh..Aku malas campur. Aku tidur je.
Bersambung....
apa teruk bebeno perangai minah france tu huhu..
ReplyDelete