Hari yang ke-5 di bumi Jepun. Hari ni nak ke Kawaguchiko. Perjalanan yang selama 7 jam naik train dari Takayama! Sebelum tu, aku jalan-jalan dulu sekitar Takayama ni. Disebabkan semalam ramai sangat orang sampai nak nak ambil gambar pun susah, hari ni aku keluar pagi-pagi. Gigih betul pukul 6.30 pagi dah keluar ambil gambar.hehehe. Kat Jepun hari cepat cerah. Pukul 5 pagi dah cerah.
Di Takayama ni ada morning market. Ada dua morning market kat sini. 1) Jinja-mae market depan Takayama Shrine. 2) Miyagawa market - sepanjang sungai Miyagawa. Dekat je pun dua-dua market ni. Buka setiap hari dari pukul 6.30 pagi (winter start 7.00 pagi) sampai tengah hari. Kebanyakan kedai jual hasil-hasil tani penduduk Takayama. Aku sempat la pergi tengok. Tak beli apa pun,jalan-jalan je.
|
Takayama di waktu pagi |
|
Sunyi sepi, tak ada orang
|
On the way nak ke market, jumpa seorang pakcik Jepun. Dia tegur aku dan ajak jalan sama-sama. Oklah ada kawan. Lagi pun dia boleh berbahasa Inggeris. Rupanya dia study kat UK dulu. Dia dari Tokyo dan datang ke Takayama atas urusan kerja. Nak jalan-jalan kejap sebelum balik ke Tokyo. Pakcik ni pernah pergi Malaysia. 3 kali dia pergi bercuti dengan family. Dia macam excited la juga jumpa aku sebab dia suka Malaysia katanya. Sepanjang jalan-jalan kat market pagi ni, dia lah jadi translator dan juga photographer aku.
|
Morning market. Kecik je. Aku bayangkan meriah macam pekan minngu kat Malaysia. Hahaha
|
Balik hostel, check out dan terus ke train station. Pergi kaunter minta reserved tiket ke Kawaguchiko. Ni jadual train dari Takayama ke Kawaguchiko. 4 kali transfer train dan 7 jam perjalanan. Lenguh la. route ni cuma di galakkan untuk yang ada JR pass sahaja. Sebab semua tambang JR pass cover kecuali train dari Station Otsuki ke Kawaguchiko tak cover. Kena bayar asing. Kalau guna JR east pass ada cover rasanya. Nak route lebih pendek ke Kawaguchiko ni, boleh pergi dari Tokyo. Dekat sikit. Boleh balik hari je. Bas pun ada dari Tokyo. Aku pula memang suka naik train lama-lama ni. Sebab tu lah aku beli JR pass ni. Hehe.
|
Train schedule Takayama - Kawaguchiko..letih!
|
Perjalanan naik train memang smooth. Public transport kat Jepun ni memang sangat-sangat punctual. Tak akan lewat walaupun seminit. So, kalau agak-agak tranfer time tu ngam-ngam je, sila jangan berlenggang kangkung. Ada yang terlepas train nanti. Contohnya aku lah :-)
Sampai station Hachioji, aku terlepas train dan terpaksa naik train lain. Next train tu pulak bukan Ltd express tapi train biasa yang stop di setiap station..huhuh...lama lah nak sampai Kawaguchiko. Sampai Otsuki, transfer train ke Kawaguchiko. Kena beli tiket sebab JR tak cover.
|
Jumpa ni kat Station Nagoya. Touch screen vending machine. Jakun kejap..hahaha
|
|
Train ke kawaguchiko. Train ni tak termasuk dalam JR pass. |
|
Dalam train. Kosong.
|
|
Teman setia sepanjang trip ni
|
Tak lama lepas train jalan, dah nampak gunung Fuji. Kawaguchiko ni dekat dengan gunung Fuji. So, mostly orang yang pergi sini sebab nak tengok gunung Fuji dari dekat.
Dekat pukul 6 baru sampai station Kawaguchiko. Aku booked hostel K's House Mount Fuji. Sama juga, booked dari
Hostels.com Agak jauh juga dari train station. Dalam 20 minit jalan kaki. Dalam sejuk-sejuk tu tak kuasa lah aku nak jalan kaki.hihi.. Hostel ni ada service free pick up. So, dah sampai call je suruh pickup. Ataupun, boleh naik cab. Tak mahal sebab dekat je. Aku call for free pickup. Dalam 10 minit staff K's house sampai. Cepat-cepat masuk kereta. Sejuk!
|
Kawaguchiko Station. Nampak tak background tu? itulah sebab utama aku datang sini.
|
Aku booked 6 bed female dorm. Tapi dapat 4 bed. Aku sorang je dalam dorm tu. Tengah malam tu ada orang lain masuk dari Taiwan. Esoknya, masuk lagi sorang dari Switzerland. Yang amoi Taiwan tu aku jumpa dia masa dia check in malam tu je. Lepas tu tak jumpa langsung dah.
|
Bilik agak kecil tapi, boleh la. Beg oren tu minah Taiwan tu punya.
|
Malam tu aku tak pergi mana-mana. Penat, mengantuk, lapar semua ada. Lagipun, nak keluar sejuk..hehehe..Pergi dapur, makan bento yang aku sempat beli kat train station sambil borak-borak dengan staff. Diaorang semua sporting & friendly. Habis borak, masuk bilik dan tidur. Esok nak tengok bunga kaler pink :-)
Comments
Post a Comment