Nampaknya, banyak
blog tengah update pasal trip ke Jepun. Walaupun kebanyakan orang pergi tempat
yang sama, aku percaya setiap orang ada cerita yang berbeza. Aku pun suka
juga baca kisah trip orang lain.
Pagi di Takayama. Hari
ni kena bangun awal sebab dah booked tour ke Shirakawago pukul 8 pagi. nak
pergi sendiri boleh naik Nohi bus dari station Takayama. Bus stop dia sebelah
je stesen keretapi. Kalau ikut tour, dalam sehari ada 2 time. Pagi dan petang.
Masa time aku punya tour hari ni ada 2 orang je..hahaa..aku dengan budak
perempuan dari Malaysia tu. Macam private tour pulak. Tapi yang sebelah petang
dan hari esoknya memang ramai. Kiranya kami berdua bertuah lah hari ni..Hihihi. Tour guide kami sangatlah mesra. English pun agak fluent jugak. So, tak payah risau. Sangat
informative. Sepanjang perjalanan, memang tak berhenti bercakap menerangkan tentang Shirakawago. Perjalanan ke Shirakawago pun smooth
aje. Menurut kata tour guide ni, seminggu sebelumnya masa golden week jalan
sangat lah sesak. Dia punya tour pun full. Dia buat banyak trip dalam satu
hari.
Perjalanan dari
Takayama ke Shirakawago lebih kurang 1 jam. Nak ke sini kena lalu
banyak sangat terowong. Kata tour guide ni, sebelum ada terowong ni, sangat lah jauh
nak ke Shirakawago. Ada apa di Shirakawago?
Shirakawago ni adalah perkampungan tradisional di Jepun yang wujud sejak beratus tahun dulu. Rumah-rumah kat sini masih mengekalkan tradisi Jepun dan disytihar sebagai Unesco Site. Yang
membuatkan rumah-rumah di Shirakawago ni unik adalah bumbung rumah yang
berbentuk segi tiga. Semua rumah di sini ada bentuk bumbung yang sama. Design bumbung rumah ni macam tu disebabkan kawasan Shirakawago ini adalah kawasan yang menerima salji yang paling banyak di Jepun.
Jadi, diaorang perlukan bumbung rumah yang boleh menampung salji tu.
Rumah-rumah di sini memang
dah lama. Tapi, bumbung rumah tu ditukar dari masa ke semasa.
|
Station Takayama. Tunggu tour bus kat depan station ni.
|
|
Salah satu terowong ke Shirakawago
|
Nak dekat-dekat sampai
Shirakawago, kita dah boleh nampak gunung bersalji. Kami berdua dah excited
gila masa tu. Sampai je, bas akan ke look up point dulu. Kalau pergi naik bas
biasa, dia akan terus ke parking area kat bawah. Nak ke look up point ni kena
lah daki bukit. Tengok kawasan kampung ni dari look up point tu aku rasa macam
fairy tale pun ada. Perkampungan di kaki gunung yang bersalji gitu. Memang lah
sangat cantik. Ni gambar rumah-rumah di Shirakawago dari look up point kat atas bukit.
|
Gunung salji. Tak ingat nama apa. Ada guide tu bagitahu.
|
|
Rumah-rumah di Shirakawago
|
Disebabkan aku ambil tour waktu pagi, masa sampai ni memang tak ada orang lain.
Lagilah best nak bergambar. Tak lama lepas tu baru lah ada ramai orang
datang. So, untunglah siapa yang datang pagi-pagi. Kat sini pun ada banyak
kedai jual souvenir. Restoran pun ada. Tapi sebab pagi lagi, tak banyak kedai
yang buka.
Dah habis masa, balik semula naik bas dan terus bergerak balik ke Takayama. Member
sorang tu akan terus ke Osaka lepas ni. Aku stay lagi satu malam kat takayama. Disebabkan banyak sangat gambar, kita sambung cerita di chapter yang lain :-)
untungnya dapat g sini...mmg berangan nak ke sini.tp masa tu x ckup bdjet haha..
ReplyDeleteInsyaallah..saya doakan awak sampai juga ke sini satu hari nanti :)
DeleteHehe...arigatou!
Deletebrpa harga tambang bas dri takayama 2/
ReplyDeletebrpa harga tambang bas dri takayama 2/
ReplyDeleteSaya ambil pakej dengan hostel J-hoppers Takayama. Pakej ni sekali dgn return ticket dan tour guide. Harga pakej untuk yang bermalam di J-hoppers 3500 yen. stay lebih dari 1 malam kat sini dapat lagi extra 300 yen diskaun. Kalau beli direct tiket pergi balik dgn bas biasa (nohi bus) dalam 4400 yen rasanya. Boleh refer entri saya yang sebelum ni.
ReplyDeleteSalam kenal mawar merah..
ReplyDeleteSaya mmg simpan impian nak ke Shirakawago dan hida takayama sejak dari pertama kali pergi jepun (2015) tp masa trip pertama tu tak kesampaian... InsyaAllah trip akan dtg.. dan mmg simpan hajat nak pergi secara solo utk trip akn dtg. alhamdulillah syukur sgt jumpa blog mawar merah diaries ni..terima kasih berkongsi pengalaman dan info ya!
salam Kenal Didi.. travel solo memang best. trylah nanti mesti rasa nak travel solo lagi :)
DeleteAlhamdulillah, blog ni dapat bagi info. Akan cuba update kisah seterusnnya nanti.