Shimane: Tapak Sejarah Lombong Iwami Ginzan

Destinasi seterusnya kami ke Iwami Ginzan yang merupakan bekas tapak lombong perak di bandar Oda. Lombong ni adalah lombong perak terbesar dalam sejarah Jepun.Ia akif selama hampir empat ratus tahun, dari penemuannya pada tahun 1526 hingga penutupannya pada tahun 1923.Diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO pada tahun 2007. 

Tak ramai yang tahu tempat ni. Jadinya memang tak ramai lah yang datang. Itu yang buat rasa seronok je nak explore tempat ni. Lawatan kami ke sini special sikit sebab ada free english speaking tour guide. Aku terjumpa website volunteer tour guide masa tengah cari info tempat ni. Kalau ikutkan kena request awal selewat-lewatnya 2 minggu sebelum tarikh lawatan. Tapi aku request last minute. lagi 4 hari sebelum ke Jepun. Tak berharap pun dapat. Dah rezeki, dapat juga diselit untuk satu slot. Website yang aku booked tu dah tak aktif sekarang. Aku tak pasti mana lagi nak dapatkan khidmat volunteer guide ni. Boleh cuba google untuk cari info lebih lanjut ye. 

Guide kami Mayumi-san. Umur dah 60 tahun. Tapi masih lagi cergas. Kalah kami bertiga. Hahaha. Al-kisahnya, janji nak jumpa terus di Iwami. Tapi, kami tersalah turun. Patutnya turun di stesen Odashi, kami pergi turun stesen Oda. Kena tunggu sejam di sini untuk naik next train. Mati kutu dibuatnya. Dahlah stesen tu tak ada orang lain. Sunyi sepi. Staff bertugas pun tak ada. Depan stesen ada rumah orang, depan lagi ada pantai. Kami jalan-jalan sekitar stesen je. 

Nak cerita sekejap pasal stesen dan tren di kawasan kampung Jepun ni. Kalau ke kawasan kampung, kita boleh jumpa banyak stesen- stesen kecil. Kebanyakannya memang tak ada orang. Urusan beli tiket semua guna mesin. Ataupun beli tiket dalam train. Tren dia pulak jenis yang satu gerabak dan di panggil one man train (Wanman - ワンマン, "one man") dialah driver, dia jugalah konduktor. Selalunya tambang akan mengikut jarak perjalanan. Masa naik, ambil tiket dan masa turun konduktor akan berdiri di pintu keluar (masuk ikut pintu belakang dan keluar ikut pintu depan) dan penumpang akan bayar tambang sebelum keluar (masukkan tiket yang di ambil masa naik tadi dalam mesin tambang) Konduktor akan tunduk dan ucap terima kasih pada setiap penumpang yang keluar. Tiba time kami, sebab guna JR pass, menonong je keluar. Sampai konduktor kejar lah sebab tak bayar tambang dan tak tunjuk pass. Hahahaha.  

Stesen Oda. Sunyi sepi tak ada orang. Pekerja pun tak ada. Kami bertiga je yang ada. 

Ni depan Stesen Oda.

Bosan menunggu. Aktiviti menghabiskan masa. Sejam kat sini tunggu tren seterusnya sampai



Sambung perjalanan ke Stesen Odashi. Ni view dari dalam tren

Barulah sampai stesen yang betul, Odashi.

Balik ke cerita Iwami Ginzan. Hikmah di sebalik salah turun stesen, Mayumi-san tunggu kami dengan kereta di stesen Odashi dan bawa kami terus ke Iwami. Jimat duit tambang bas. Kikikiki.

Sepanjang tour, Mayumi-san tak berhenti henti bercerita tentang sejarah tempat ni. Terlopong kami mendengarnya. Dalam pada tu kami kata, nasib ambil tour guide. Kalau tak mesti kami akan berjalan tanpa arah tujuan. Mesti main belasah je bergambar kat setiap tempat yang nampak cantik, sekali rupa rupanya kubur. Hahahaha. Sedar tak sedar hampir 3 jam kami berjalan. Tak terasa langsung sebab sambil dengan cerita Mayumi-san dan tengok permandangan yang cantik. Kalau di Malaysia ni, kedai 5 minit dari rumah pun aku tak rela jalan kaki. Kahkahkah. Tapi, tengah sedap dengar cerita tiba-tiba ada kuiz. Tekial kial semua nak jawab. Hahahaha. 

Iwami Ginzan





Mayumi-san. Tour guide kami yang dah berusia 60 tahun. Tapi jalan lajuuuu. Hahaha

Vending machine yang unik. Diberikan sentuhan klasik dengan bingkai kayu.


Tak ingat dah aku tempat apa ni. Hahahaha. Rasanya macam stor tapi simpan apa tak ingat dah.
Ni pun ada sejarahnya tau. Bukan sekadar pondok biasa je. Tapi itulah, tak ingat. Hahaha

















Merata ceruk semua cantik lah kat sini. Tak tenang kami, nak dengar cerita Mayumi-san lagi, nak ambil gambar lagi. hahaha. Tu yang semua failed jawab kuiz tu. Hahaha.




Gigih bercerita tetang sejarah aktiviti perlombongan. Siap buka peta. Bila ada sebut Melaka je semua bersorak, Wah Melaka. hahaha. Bila Mayumi-san cerita pulak yang salah satu dana perang adalah dari lombong ni, kitaorang kata. OOO, sinilah korang dapat duit serang negara kami ye. hahaha. Takpe, kita belajar dari sejarah. 







Macam nilah rupa lilin yang digunakan dalam lombong.





Ni sekolah. Pasu bunga ni melambangkan setiap murid. Satu pasu satu murid. Tak ramai pun, makin lama makin sikit.

Ada lombong yang kita boleh masuk. Tapi kena bayar lah. Kami masuk yang ni.

Dalam lombong. Lepas tu masing -masing takut kelawar, termasuklah Mayumi-san. Haha

Lepas habis sessi lawatan dengan Mayumi-san kami jalan jalan di sekitar banda lama Ohda. Kata Mayumi-san kalau banyak masa dia nak bawa kami jalan jauh lagi. Nak hiking bukit masuk dalam lagi. Tapi sebab jadual dia full hari tu dia tak dapat nak teman kami lama-lama. Eh, tak apalah. Kami gembira je tak dapat hiking pun. Jalan 3 jam ni pun dah cukup. Seram kalau tiba-tiba Mayumi-san ajak hiking. Hahaha. 

Jalan-jalan di pekan lama Ohda. Memang tenang. Sunyi sepi.  Pelancong pun tak ramai. Yang datang pun orang Jepun sendiri. Adalah jumpa seorang pelancong dari Taiwan. Dia travel solo. Dan memang sepanjang di Shimane ni dia jelah satu-satunya pelancong asing yang kami jumpa. Pusing sana sini, dia jugak. Dia pun kata kami je yang dia jumpa.

Pekan lama Ohda. Sunyi sepi.

Jumpa satu lagi vending machine kayu.



Pekan lama Ohda

Pekan lama Ohda. 

Untuk ke Iwami Ginzan ni boleh guna pengangkutan awam. Dari stesen Odashi ada bas terus ke Iwami. Dari sini kena jalan kaki ke Iwami Ginzan sebab kereta tak boleh masuk. Boleh tengok walking map Iwami Ginzan di sini Tambang bas 670 yen sehala dari stesen Odashi. Nak balik tunggu tempat yang sama tapi seberang jalan. Sebenarnya, time nak balik ni aku pun confused. Sebab kami kan datang naik kereta. Aku tanya-tanya orang je. Tanya kedai sewa basikal, dia kata tunggu seberang jalan kedai dia. Lepas tu dia kata bas yang datang dari Hiroshima, lalu situ ke stesen Odashi. Aku ikut jelah cakap dia. Orang-orang yang sampai lepas tu pulak semua ikut cakap aku. Nasib tak sesat. Hahahaha. 

Permandangan dari tempat kami tunggu bas.

Balik dari Iwami Ginzan, kami jalan-jalan sekitar Matsue. Sempat pergi Matsue Castle je. Free naik bas guna En-Musubi Ticket. Nak masuk istana ni pun ada diskaun guna tiket ni. Cadangnya nak tengok sunset di Lake Shinji. Katanya one of the most beautiful sunset spots in Japan. Tapi, tak sempat. Sunset pukul 4.30 petang. Keluar dari castle hari dah gelap. Itulah kalau pergi waktu autumn atau winter. Waktu siang pendek. Jadinya tak banyak tempat boleh pergi dalam sehari. Kena rancang baik-baik jadual perjalanan.  

Nak balik ke stesen dari Matsue Castle pun sesat. Hahaha. Tak tahu nak tunggu bas kat mana. Kami tunggu lah tempat yang sama kami turun tadi. Tanya semua bas yang berhenti semua kata tak ke stesen. Lama juga kami kat situ. Sampailah ada seorang lelaki Jepun yang baik hati tanya kami nak ke mana. Bila kata nak balik ke stesen, dia pun bawalah kami ke bus stop yang betul. Dia pun nak ke stesen juga. Alhamdulillah, jumpa jalan pulang. Hahaha.



Matsue Castle



View dari tingkat 2 Matsue Castle

Shrine sebelah Matsue Castle.





Sebelum balik guesthouse, kami ke Aeon dulu beli barang makan. Balik kemas beg sebab esok nak ke Tottori. 



Comments

Popular posts from this blog

Shimane: Pekan kecil bernama Tsuwano

Yokoso Japan : Day 3 Tokyo~Takayama

Okinawa Day 4 - Sakura di Nakijin