Posts

Showing posts with the label Tokyo

Yokoso Japan : Day 3 Tokyo~Takayama

Image
Hari ni last day di Tokyo. Nak ke Takayama pula hari ni. Takayama ni dalam daerah Gifu dan mengambil masa lebih kurang 5 jam naik train dari Tokyo. So, hari ni masa aku akan banyak kat atas train je. Bertabahlah. Tapi train kat Jepun ni best. Selesa sangat nak lagi kalau naik shikansen (bullet train) Pagi-pagi lagi aku dah check out Khaosan Tokyo Guest House . Khaosan ni ada banyak branch hostel. Setakat ni aku dah pernah stay di dua branch dia. Harga pun taklah mahal. Memang sesuai untuk yang nak save budget. Hostel dia pun selesa. Bersih tak payah cakap la, mana-mana tempat pun bersih kat Jepun ni.  Aku jalan-jalan dulu sekejap sekitar hostel ambil gambar. Time ni awal lagi. Sunyi je, tak ramai orang.  Blue Bridge River cruise Red Bridge. Hostel Khaosan yang aku stay dekat dengan Red Bridge ni Red Bridge Sungai ni betul-betul belakang hostel  Tokyo Skytree dari jauh. Tak nampak atas. Cantik penutup lubang kat Jepun ni. Each cit...

Yokoso Japan: Day 2 Tokyo

Image
Mood rajin datang tiba-tiba. Dua entri dalam satu hari.hehe. Merangkak-rangkak lagi sebenarnya nak  menulis blog ni. Newbie lah katakan. Nak masukkan gambar pun terhegeh-terhegeh lagi..haish…itulah nak sangat buat blog kan. Orang lain dah lepas ke mana dah. Aku baru nak start. But, better late than never kan. So, sambung balik cerita pasal Jepun.  Hari ke-2 masih lagi di Tokyo. Bangun tidur pagi ni dengar budak katil sebelah cerita pagi tadi ada gempa bumi. Aku pun teringat yang awal pagi tadi memang aku ada terjaga sebab aku dengar bunyi bising macam orang berlari turun tangga. Aku terus tidur semula sebab aku ingat orang bilik atas yang berlari. Tapi atas tu mana ada bilik lagi dah. Lagipun apa ke halnya nak berlari turun tangga pagi-pagi buta. hahaha. Sengal. Rupa-rupanya itu bukan bunyi orang turun tangga tapi bangunan bergegar dan barang-barang jatuh..isk..isk..isk…nasib baik tak kuat sangat gegaran. Tengok berita pagi tu ada gempa bumi luar Tokyo. Yang rasa kat T...