Yokoso Japan: Day 6 Kawaguchiko (Shibazakura Festival)
Sepanjang di Jepun ni, aku selalu je terjaga awal-awal pagi. Tak tahu lah kenapa. Sebab excited agaknya..hahah..Hari ni nak cerita pasal Fuji Shibazakura festival. Sebelum tu, secara ringkas pengenalan tentang Shibazakura festival ni. Aku copy paste je dari japan guide website. Sila check website http://www.shibazakura.jp/eng/index.html untuk tahun ni punya festival date. Aku keluar jalan kaki dari hostel ke station Kawaguchiko sebab nak naik bas ke festival ni. Cuaca pagi ni memang sejuk tapi tepaksa la tahan. Aku pergi Jepun ni cuma bawa sweater biasa je sebab sebelum pergi aku tengok weather forecast tak adalah sejuk mana. Sekali dah sampai sana, ambik kau! hahahaha...tapi, aku memnag tak tahan sejuk. Jalan kaki dalam 20 minit ke station. Tapi tak terasa lama sebab sambil jalan sambil tengok mount.Fuji yang besar gedabak depan mata. Sambil jalan sambil ambil gambar. Kalau nak tengok mount Fuji ni dengan clear, seeloknya keluar waktu pagi. Start tengah hari, dah banyak...