Cuti-cuti Malaysia Naik Keretapi

Bulan 6 baru ni aku ke Kelantan, Pulau Pinang dan Perak. Aku naik keretapi dari KL. Saja nak merasa pengalaman naik keretapi dalam negara sendiri. Mari aku cerita pengalaman aku bercuti dalam Malaysia menaiki keretapi.


KTM Ekspres Rakyat Timuran

Cara beli tiket:

Sebelum naik keretapi mestilah kena beli tiket dulu kan. Ada pelbagai cara nak beli tiket ni. Boleh beli di kaunter, website KTMB ataupun di aplikasi KITS. Aku guna KITS sebab lebih mudah dan pantas. Cara nak beli tiket di KITS dan laman web KTMB ni sama je. Yang penting kena daftar dulu. Dah daftar boleh terus log in dan mula beli tiket. Kalau tak daftar, kita cuma boleh semak jadual perjalanan tapi tak boleh beli tiket.



Aplikasi KITS dari KTMB


Website KTM. Pilih New Ticketing untuk beli tiket




Masukkan destinasi



Pilih tarikh perjalanan sehala atau dua hala.




Pilihan jadual yang diberikan. Kalau nak naik ETS dari Gemas pukul 1 pagi, baik naik ETS pukul 9.40 malam dari K Sentral. Sampai Gemas lebih kurang pukul 12 tengah malam. 




Masukkan maklumat diri. Sebelum beli tiket boleh check website/Facebook KTM. Kadang-kadang ada kod diskaun. Masa aku beli tiket ada diskaun 50%. 


Pilih tempat duduk. Utuk tempat duduk ni, contoh gambar macam seat  4A tu mengadap ke depan. 9C ke belakang. Ikut lah nak pilih yang mana. Coach C kantin. Dalam ETS ada tandas dan surau. 


Semak booking details. 


Sedia untuk bayar. Ada 5 cara pembayaran. 


Kuala Lumpur-Kelantan

Perjalanan Dari Kuala Lumpur ke Pantai Timur perlu melalui Gemas. KTM tak ada tren terus dari KL ke Kelantan. Kecuali hari tertentu macam hari raya atau cuti sekolah, KTM akan sediakan tren khas dari Kl sentral. Tren ini juga akan berhenti di stesen- stesen yang kebiasaannya tren tak berhenti. Bolehlah cuba balik beraya naik keretapi kalau KTM buat lagi tahun depan. Tapi pastikan beli tiket awal-awal. 

Kebiasaannya, kita perlu naik ETS (Electric Train Service) dari KL sentral ke Gemas. Dari Gemas naik ERT (Ekspress Rakyat Timuran) Ke pantai timur. Laluan perjalanan tren ERT ni adalah dari Johor Bharu (Stesen JB Sentral) hinga ke stesen terakhir di Kelantan (Stesen Tumpat) Jadi boleh lah naik dari mana2 stesen yang keretapi ni brehenti di sepanjang jalan ni. Kalau nak jalan -jalan di Kota Bharu, biasanya turun di stesen Wakaf Bharu.  Buat masa ini, ERT nilah satu-satunya tren yang ada katil. Yang lain dah pupus. Sebelum ni ada ke Utara. Aku pernah merasa naik sekali. ERT ni pun khabarnya mungkin akan diberhentikan perkhidmatan satu masa nanti. 



Siap sedia nak naik keretapi ETS di platform 4 Stesen Gemas.

Kota Bharu - Pulau Pinang

Tiada perkhidmatan keretapi yang meghubungkan Kota Bharu dan Pulau Pinang. Jadi, pilhan yang ada, naik kapal terbang, bas, atau kereta. Kami pilih naik kapal terbang. Dapat tambang murah Firefly RM 90. Okaylah,berbaloi jugak. Lagipun dah lama tak terbang sejak pandemik melanda. Ni kira nak melepaskan rindu pada ruang angkasaraya...rindu nak tengok awan...tapi dia bagi aku tempat duduk betul-betul atas sayap kapal terbang. Pandangan aku terhalang dengan kipas kapal terbang. hahahaa.


Terbang dengan Firefly. Pelangi mengiringi perjalanan kami.



Breakfast roti canai. Aktivi utama di Pulau Pinang - Makan, makan dan makan. Hahaha


Bukit Bendera/Penang Hill. Pergi hari biasa bahagia lah tak ramai orang. Hari minggu atau cuti umum seksa nak beratur.


Chew Jetty


Chew Jetty. Baru lepas hujan. Masa kami di Pulau Pinang, hujan sepanjang hari.


Chew Jetty


Pulau Pinang - Ipoh

3 hari 2 malam kami di Pulau Pinang. Jalan-jalan, makan-makan. Aku rasa kali terakhir aku ke sini masa zaman sekolah. Ada rombongan. Lama sangat dah tu.. Kami naik ETS dari stesen Butterworh ke stesen Ipoh, Perak. Sampai stesen awal, sekali tren lewat sejam. Ada gangguan elektrik katanya. Menunggulah beramai ramai di situ sebab tren yang sebelum kami pun lewat juga. 


Stesen KTM Ipoh


Stesen KTM Ipoh

Ipoh - Kuala Lumpur 

Tak dapat lama-lama di Ipoh. Sempat jalan-jalan sekejap je. Esoknya balik ke KL semula naik ETS. Kami naik ETS pukul 8.30 pagi dari Stesen Ipoh ke KL Sentral. Ok yang ni aku confused sikit. Kami naik ETS pukul 8.30 pagi sebab masa check tiket di KITS, tak banyak pilihan yang ada. Tarikh aku nak tu cuma ada pukul 8.30 pagi, lepas tu petang. Itupun tiket dah tak banyak. Maka disebakan tak ada pilihan lain, kami pun baliklah pagi-pagi. Lepas subuh dah keluar hotel walaupun stesen keretapi 5 minit je dari hotel. Hahaha.. 

Masa tunggu tren tu, aku pelik tengok papan informasi tu tayang banyak jadual tren. Aku pun buka KITS dan tengok banyakkkkk je tren hari tu dan banyak je lagi tiket. Apakah yang berlaku? aku pun tak tahu dan aku pun tak ada nak bertanya pihak KTM. Adakah jadual tren hanya akan dikemaskini pada tarikh perjalanan? entahlah. Marah jugalah sebab tak sempat nak pergi makan dimsum halal nak kejar tren balik KL punya pasal. Hahahaha.. Tak apalah, lain aku datang lagi. 






























 












































Comments

Popular posts from this blog

Shimane: Pekan kecil bernama Tsuwano

Yokoso Japan : Day 3 Tokyo~Takayama

Okinawa Day 4 - Sakura di Nakijin