Japan Winter Trip: Total Expenses

Takino Suzuran Hillside Park

Assalamualaikum...Alhamdulillah selamat sampai Malaysia malam semalam. Malaysia sangat panas! hahaa..

Sebelum buka kisah trip ke Jepun, ada baiknya aku bentangkan belanjawan dulu. Bukan apa, takut nanti tah bila kisah Jepun ni nak habis jenuh lah nak tunggu pasal budget kalau letak kat hujung cerita. Maka inilah budget trip winter ke Jepun hari tu. 

Based on exhange rate - 100 yen = MYR 3.710 (nangis dalam hati tengok rate mahal cam ni..huhu)

Tempat yang sempat kitaorang pergi dalam trip ni : Tokyo-Sapporo-Hakodate-Kyoto-Takayama-Shirakawago-Yudanaka. 

Accommodation

Dua malam di Sapporo kitaorang tumpang tidur kat rumah Malaysian yang baik hati sudi tumpangkan kitaorang. Malam last tidur di Narita Airport sebab flight balik awal pagi+sayang duit.bahaha. 

Tokyo - Khaosan Original (female dorm) Total 2 nights 13,200 yen
Hakodate - Smile Hotel (3 bed room) Total 1 night 7,500 yen
Kyoto - Hostel Haruya Aqua (3 bed room) Total 2 nights 14,040 yen
Takayama - Hostel J Hoppers (female dorm) Total 1 night 9,000 yen
Yudanaka - Maruka Ryokan (3 bed room) Total 1 night 12,150 yen
Sapporo - FOC (sufi's house) 2 night
Tokyo last night - FOC ( Narita airport )

Total nights : 10 nights
Total accommodation expenses: 55,890 yen (MYR 2,073.519 divided by 3 person = MYR 691 per person)

Transportation -  *Edited. Sebelum ni terlupa nak masukkan flight narita - sapporo.

Perbelanjaan utama di Jepun adalah transport. Kos transport sangat mahal kat sini. So, kena plan betul-betul mana tempat nak pergi. Untuk trip kali ni dan trip yang lepas aku memang amik JR pass. Ada banyak Pass kat Jepun. Bus pass lah, train pass lah. Pilih ikut keseuaian perjalanan dan budget kita. Kalau tak guna pass pun tak apa. 

Return flight KLIA - Narita - MYR 940 (Vietnam Airlines)
Flight Narita - Sapporo - 4,576.66 yen per person (one way only. Balik Tokyo naik train)
Ordinary 7 days JR pass - 29,110 yen  
Narita Airport to Asakusa (2 times) - 2,580 yen
Nagano railways to/from Yudanaka - 2,520 yen
Subway/Metro around Tokyo (using Pasmo) = 1,500 yen (500 yen deposit for Pasmo)
Sapporo Airport to Sapporo JR Station - 1,070 yen
Sapporo subway pass - 500 yen/day
Bus fare from Makomanai Station to Takino Suzuran Hillside Park - 880 yen (440 yen one way) 
Hakodate 1 day tram pass - 600 yen
Kyoto 1 days buss pass - 500 yen

Total transportation expenses:  2,566.34 per person.

Tour Expenses
Shirakawago night light up - 4,420 yen 
Mount Hakodate ropeway - 1,080 yen (actual  price 1,200 yen. 10% diskaun guna 1 day tram pass)
Entrance fee to Snow monkey park - 500 yen

Total tour expenses : 6,000 yen (MYR 222.60)

Total budget dalam MYR 3400 - 3500 Seorang. Ni tak termasuk makan dan shopping lagi. Makan kitaorang bawak bekal Brahim's dari Malaysia. Tapi sekali sekala makan jugak kat luar. Nak nak lagi sekarang ni makin banyak restoran halal kat Jepun. Tak cuba rugi pulak.

Kalau tak ambil JR pass atau dapat flight tiket lagi murah, total budget mungkin boleh lagi murah dari ni. Ataupun kalau pergi dekat dekat je Tokyo-Kyoto-Osaka boleh lagi budget sekitar 3K atau kurang. Yang penting ikut kesesuaian dan budget masing-masing. Lagi satu, kali ni aku memang tak beli souvenir. Kejam?? Erk..tak kot. Mahal wei barang kat Jepun dan aku yakin kawan-kawan aku paham..hahaha. Key chain/ Fridge magnet pun dah dekat doploh henget. .Aku just beli chocolate je makan ramai-ramai. 

***semoga dengan baca blog ni diaorang dapat tahu yang trip aku tak semewah yang disangka..bahahaha..


Comments

  1. Salam,

    Tak sabaq nak baca cerita pengalaman bercuti di sana, terutama sekali di Yudanaka dan Takino Suzuran. Please cerita dgn details yg meleret2 berserta gambaq sekali ya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akan berusaha untuk update dalam masa terdekat ni :)
      Terima kasih info pasal takino yang detail kat blog akak. Memang based on information dari situ nak ke Takino ni :)

      Delete
  2. As salam dik...akak nak tanya tidur kat narita airport ok ke?..akak nak pegi disember ni 9h..cadangnya hari ke 8 mlm tu tidor di airport sbb flight pg 10 am...tq dik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.. Ok sangat kak tidur di airport narita. Lena sgt kitaorang tidur..haha. Tidur di Terminal 1 - Arrival hall First floor south wing. Kat sini je yang boleh tidur. Nanti polis/security akan approach siapa yang nak tidur aiport dan diaorang akan hantar ke sini. Better pergi sini terus takut ramai orang nanti tak ckp kerusi,kena tidur atas lantai. Polis akan jaga kat tepi tu sampai pagi. Tapi dia tak kacau kita pun. takde pun dia mintak nak tgk pasport/flight detail ke macam banyak cerita yang saya baca. Tapi kalau dia approach pun secara baik.

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Adik ...tq so much utk info ni...lega sgt...takut jugak sbb baca byk versi tidor kat Narita..dlm perancangan akak...8/12 nak ke narita dlm 8 mlm..flight 9/12 pukul 10.30 pg...so tak nak kalut2...flight dr t2....Tq10x so much lagi skali....sblm ni dah biasa tidur kat airpot kalu flight pagi..tp kat klia la...dari overseas lum pernah...tq dik..Kak izah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. saya pun sblum ni baca banyak versi jugak pasal tidur di Narita ni. Katanya agak strict. Tapi masa saya hari tu biasa je. cuma ada polis jaga je. Insyaallah, tak ada apa-apa. Have fun ye di Jepun nanti :)

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. adik nak tanya lagi...sori byk sgt tanya....antara pasmo dgn suica ni sama ke fungsinya...tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suica issued by JR train company. Pasmo issued by non-JR train company. Fungsi dua2 sama. Tak byk beza. Boleh guna untuk naik train dan boleh juga guna untuk beli barang kat vending machine dan convenience store. Dua2 kad ni boleh juga diguna luar tokyo. Saya pernah guna pasmo di tokyo, hokkaido, kyoto. saya tak sure kalau kad ni ada restriction untuk certain train/city. Setakat ni saya tak ada problem lagi dgn pasmo. Boleh try google untuk detail info. Saya pilih pasmo sb masa tu train station yg terdekat dengan hostel non-JR train..hahaha..Masa tu pun blur jugak.

      Delete
  10. Tq3x...kan blur la pasal train ..sori ye adik..kacau awak je..trima kasih daun keladi...Anyway best baca blog adik....kipidap.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Shimane: Tapak Sejarah Lombong Iwami Ginzan

Hotel review: Maruka Ryokan, Yudanaka