Yokoso Japan: Day 1 Tokyo

Uhuk..baru sekarang nak start cerita. Dari mula bulan puasa tahun lepas, dah habis raya dah nak masuk Raya Cina, barulah aku buka blog ni..hahahhaaa…banyak sangat hal nya. Laptop rosak la, busy la..malas pun iya juga. Kalau ikutkan hati malas nak buat blog ni tapi fikir balik buat ajelah..hahaha..macam bangang je intro. Jadinya dipendekkan cerita, dalam malas-malas aku ni aku gigihkan juga untuk update blog ni. Walaupun cerita trip aku ni dah basi dah. Tahun lepas punya cerita, sekarang dah masuk tahun 2015. Tak lama lagi dah nak start semula musim bunga kat Jepun. Layan jelah..aku rasa ingatan aku pasal trip ni pun dah macam kat hujung-hujung dah. Itulah pasal kena buat blog. Takut lupa terus.. berhenti membebel, jom sambung cerita.

Aku sampai Narita Airport pukul 6.30 pagi waktu Jepun (Waktu jepun awal sejam dari Malaysia) Ini sebenarnya kali ke-dua aku ke Jepun. First time dulu datang dengan kawan-kawan. Lepas sahaja settle urusan immigresen, aku terus ambil beg dan pergi cari kaunter tiket untuk beli tiket train ke Asakusa sebab aku dah booked hostel dekat sana. Dalam pada ni aku macam tak percaya yang aku dah sampai Jepun sorang-sorang. Lama juga lah aku termenung kat arrival hall tu..hahaha..Sengal je.

Dari Narita Airport ada direct train ke Asakusa – Narita Sky Excess Express Train. Panjang gila nama train. Tambang ke Asakusa ¥1280 (MYR 38). Lagipun dulu aku stay kat Asakusa juga. So, macam confident sikit lah sebab dah agak familiar dengan area situ. Masa beli tiket, pakcik kat kaunter tu kata train akan sampai dalam masa 1 minit. Dia suruh aku lari cepat-cepat ke platform kejar train…huhuhu..sampai hati kau pakcik. Maka, berlari lah aku ke platform takut terlepas train. Tak adalah jauh pun kaunter tiket tu dengan platform. Ngam ngam je aku sampai platform, train pun sampai, fuhh!!

Aku tak sempat nak ambil gambar train sebab aku masuk je train terus tertidur..hahaha..sedar-sedar je dah nak dekat sampai station Asakusa. Keluar dari train melilau cari hostel. Walaupun aku dah print map hostel tu dari website diaorang, aku tetap sesat..hahahha.. I tell you, my sense of direction memang sangat teruk. Even drive kat KL pun aku selalu sesat walaupun pakai GPS, ini pulak kat Jepun..hahaha..Sepanjang trip ni memang banyak kali aku sesat. Tapi kalau sesat jangan lah panik/stress. Terus je berjalan macam biasa. Tak pun tanya orang. Lama-lama dapat la kita mencari jalan yg benar..hihi..lagipun time travel kita mesti nak gembira. Jangan stress ok.

Akhirnya berjumpa juga aku dengan hostel ni. Khaosan Tokyo Original. Aku booked online kat website Hostels.com. Check in time pukul 3 petang. Masih awal lagi time aku sampai ni. Aku tinggalkan beg aku kat sini, uruskan bayaran untuk dua malam then aku keluar balik. Destinasi pertama, Tokyo Metropolitan Government Building. Ada apa kat sini? Kat sini boleh naik ke tingkat 45 untuk tengok view bandaraya Tokyo. Nak masuk sini free je. Disebabkan aku budget traveler, maka benda-benda free ni mestilah kena buat kan..hihi.. Nak ke sini, aku naik subway. Dari station Asakusa ke station Tochomae. Station ni adalah underground bangunan ni. So, sangat senang kalau nak ke sini. Boleh juga naik JR train berhenti kat JR Shinjuku station, tapi kena menapak agak jauh juga nak ke bangunan ni. Tapi sebenarnya tak adalah jauh mana. Sebab time balik aku menapak ke JR Shinjuku station.
Tokyo Metropolitan Government Building, Shinjuku
Sebelum tu, nak cerita sikit pasal public transport kat Tokyo ni. Sepanjang kat Tokyo aku banyak naik subway. Subway kat Tokyo ni agak complicated sebab dia ada banyak sangat line. Tak percaya cuba tengok map subway kat bawah ni. Sekali tengok memanglah pening. Nak pitam pun ada. Tapi sebenarnya tak ada lah susah mana. Just make sure kita tahu kita nak turun kat station mana, direct train ke or kena transfer. Then each line ada warna yang berbeza. So, nak pergi tempat tu kita kena tahu lah which line yang kita kena ambil. Map ni boleh ambil kat station. Selalu ada letak kat kaunter. Study la sampai lunyai map tu.. Senang kan..ke susah?
Tokyo Subway Map. banyak Line. Pilih je yang mana satu nak naik.
 



















Sambung semula pasal Government Building tadi. Sampai je dalam bangunan ni, kena beratur.
Security check beg lepas itu boleh naik lif ke tingkat 45. Ada dua observation point yg kita boleh pilih. Nak naik dua-dua pun boleh. South Observation Point  and North Observation Point. Each observation point ada different view. So, ikut sukalah nak naik yang mana. Yang pasti, kalau nasib baik boleh nampak gunung Fuji yang famous kat Jepun tu. Aku naik ke sini dengan harapan dapat tengok Fuji walaupun dari jauh. Tapi tak adanya nampak sebab cuaca mendung. Bawah ni gambar bandaraya Tokyo dari tingkat 45 Government building. Gambar biasa-biasa je sebab aku bukan pandai ambil gambar pun :-)


This is Tokyo! Terbayang ada Ultraman lawan raksasa tengah-tengah bandar ni. hahaha

Green Park in the City

Tokyo

Tokyo

Observation tower

Nampak reflection dalam gambar. Saya budak baru belajar. Kamera pun pun pinjam orang punya..haha

Tokyo yang padat
Lepas dah puas tengok view kat atas ni, aku pun turun. Lepak sekejap kat bus stop depan bangunan ni. Sempat makan onigiri yang aku beli kat Lawson pagi tadi. Macam sedih je rasa masa tu. Makan onigiri sorang-sorang tepi jalan.huhuhu..Poyo!

Dari bangunan ni, aku sebenarnya tak pasti nak kemana. Lepas tengok map, aku pun menapak lah ke JR Shinjuku station. Lagipun aku tengok ramai orang berjalan ke arah tu. Aku ikut jelah. Station JR Shinjuku ni besar juga dan dia ada bersambung dengan line train yang lain. Jalan-jalan sekejap area station ni. Ada banyak kedai kat dalam ni. Mulanya nak pergi cari restoran tempura Tenya. Pernah makan kat Shinjuku masa trip Jepun dulu. Tapi tak jumpa. Lastnya aku decided nak pergi Masjid Tokyo. Nak ke Masjid Tokyo ataupun Tokyo Camii dalam Japanese, kena naik train Odakyu Odawara Line dari Shinjuku ke Yoyogi Uehara. Sampai station Yoyogi Uehara, aku blur sebab tak tahu nak ke arah mana. Aku cuma tahu nama station je tapi tak print direction. Bijak lah sangat. Singgah supermarket sekejap beli strawberry. Gila manis strawberry dia..sedap!
Ichigo
Tengah makan strawberry sambil tengok map, tiba tiba ada orang bagi salam. Mamat jepun wei. Siap berjubah lagi. Aku kata nak cari masjid. Dia pun tunjukkan aku jalan nak ke masjid. Senang saje sebenarmya. Keluar dari sebelah kanan station, belok kanan jalan terus sampai trafic light lintas Jalan, belok kanan dan jalan terus sampai jumpa masjid sebelah kiri. Sampai masjid, aku jumpa ramai Japanese muslim. Tak sangka pulak ramai Japanase muslim di Jepun ni. Cantik masjid ni. Sama macam masjid kat Turki.Tempat solat perempuan tingkat atas. Nak ambil wuduk kena turun bawah. Masa aku kat sini ada majlis perjumpaan komuniti muslim Jepun. So, agak penuh juga la masjid masa ni. Ramai juga jumpa student Malaysia. Sempat borak dengan diaoarg dan tanya macam-macam benda pasal Jepun.

Kubah Masjid

Bahagian dalam masjid

Bahagian dalam masjid

Bahagian dalam masjid.

Ruang solat wanita
Bahagian dalam masjid

Bahagian luar masjid



Pintu depan masjid 

Dari masjid, aku jalan kaki balik ke station Yoyogi Uehara. Dekat sini, aku cari kedai makan sebabnya dah lapar sangat. Jumpa satu kedai yang jual tempura. So singgah kat sini, order tempura udon. Nama kedai tak ingat. Lupa nak amik gambar kedai sebab lapar. Kat kedai ni kena order dari vending machine. Lepastu bagi resit kat kaunter. Dah siap dia panggil, ambil makanan pilih lah meja mana nak duduk. Dah habis makan, sila hantar pinggan mangkuk ke kaunter ye.
Tempura Udon di Station Yoyogi Uehara
Dah habis makan, ambil train balik ke station Shinjuku. Disebabkan awal lagi, aku ingat nak ke Harajuku sekejap. Boleh jugak tengok gelagat orang dan makan crepe yg sedap tu. Naik train ke Harajuku station. Sampai je kat Harajuku tau apa jadi?? Orang ramai gila sampai tak boleh nak masuk ke Takeshita Dori tu. Maklumlah masa ni golden week. So, memang ramai orang datang sini. Siap ada polis buat announcement kata orang terlampau ramai, go in with your own risk. Ini dia gambar nak tunjuk berapa ramai umat manusia time tu.
Ada berani??
Barisan panjang nak naik train
Disebabkan aku tak sanggup nak redah lautan manusia tu, aku balik je lah. Nak balik lagi satu hal. Punya la panjang barisan kat station tu.aduh! salah timing betul time ni. Akhirnya dapat juga naik train lepas dekat satu jam beratur. Lepas tukar ke subway line, terus balik ke Asakusa. Sampai hostel ambil beg yang aku tinggalkan dekat storage pagi tadi terus masuk bilik. Kali ni sebab aku travel seorang, aku ambil dorm. Ini pun pengalaman baru juga sebab sebelum ni travel tak pernah lagi ambil dorm. Kat sini aku ambil  8 bed female dorm. ¥1,986 per night (dalam MYR 74 ikut currency time aku pergi sini) Dorm dia kecik je tapi oklah. Yang penting katil selesa. 
Dalam dorm. 8 Bed Female dorm. Luar tingkap tu sungai.
My Bed. Abaikan barang bersepah atas katil tu
Dalam dorm. Bawah setiap katil ada bakul untuk isi barang-barang
Jalan depan Hostel
Khaosan Tokyo
Main entrance
Lepas siap mandi, aku turun ke dapur. Makan strawberry yang aku beli tadi dengan onigiri beli di lawson untuk makan malam. Sempat la borak degan traveler lain. Lepas makan terus masuk bilik telan panadol sebab aku tiba-tiba pening kepala. Dorm mate aku yg lain belum balik lagi. Diaorang balik lambat. Lepas telan panadol teruslah aku tertidur sampai pagi.

Terlupa nak cerita yang untuk jalan-jalan kat Tokyo ni aku beli kad pasmo. Kad ni macam touch & go. Boleh guna utk naik train dan boleh juga guna untuk beli barang kat kedai-kedai tertentu. Senang guna kad ni. Tak payah susah payah beli tiket setiap kali nak naik train. Harga kad ni 500 yen dan boleh topup bila-bila kita nak. Ada satu lagi kad untuk transport, which is Suica. Sebelum pergi jepun aku pening nak decide which card yang patut aku ambil. Lastnya dekat sana aku ambil je pasmo. Sebenarnya, tak de beza pun. Cuma pasmo dikeluarkan oleh metro line manakala suica pulak oleh JR line. Dua2-dua kad ada kegunaan yg sama. So, ikut suka la nak ambil yg mana. Kad ni boleh di beli kat mesin di stesen subway/JR.

Comments

Popular posts from this blog

Japan Winter Trip: Total Expenses

Shimane: Tapak Sejarah Lombong Iwami Ginzan

Hotel review: Maruka Ryokan, Yudanaka