Okinawa Day 4 - Sakura di Nakijin

Pagi ni lepas check out dari  Hotel kami terus ke Nakijin Castle ruins. Dekat je dengan hotel tempat kami menginap. Dalam 10 minit perjalanan dengan kereta. Sedikit sejarah mengenai Nakijin Castle. Pada masa dulu Okinawa Honto dibahagikan kepada tiga kerajaan. Hokuzon di Utara, Chuzan di tengah dan Nanzan di selatan.

Istana Nakijin dibina sebagai istana raja Hokuzon sehinggalah diambil alih oleh Chuzan dalam usaha untuk menyatukan pulau dan membentuk kerajaan Ryukyu. Istana ini musnah dibakar pada tahun 1609. Yang tinggal kini hanyalah runtuhan binaan istana. Pada tahun 2000, Istana Nakijin disitiharkan sebagai Tapak Warisan Unesco. 

Kawasan istana ni cantik sebab dia atas bukit. Dari atas bukit tu juga boleh nampak laut. Memang asyik lah duduk di sini sambil menikmati permandangan. Tambahan pula masa kami ke sini adalah musim bunga sakura. Ye, di Okinawa pun ada sakura dan di sini juga adalah tempat terawal musim sakuranya di Jepun. Kalau di tempat lain selalalunya musim bunga sakura dalam bulan March hingga Mei. Tapi di Okinawa sakura mekar pada seawal bulan Februari. Dan kami sangat bertuah dapat meyaksikan bunga sakura di sini. Sakura di Okinawa ni agak lain sikit dari sakura di tempat lain. Sakura di sini dipanggil Kanhizakura. Warnanya lebih gelap dan bunganya lebih kecil. 

Kami sampai agak awal dalam pukul 7.30. Tak ada orang lain pun lagi. Kalau memandu sendiri ke sini, jangan risau sebab tempat letak keretanya luas dan yang penting percuma. Tiket masuk ke kawasan istana 400 yen. Masa lawatan adalah dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Selain kesan runtuhan istnana, di sini juga ada muzium sejarah dan kebudayaan Nakijin yang mempamerkan barang barang peninggalan penduduk Nakijin. 

Penginapan kami di Nakijin. Hotel Buena Vista. Meriah bercahaya waktu malam. Senang nak cari. Heheh. Gambar sumber dari Google. 






Kiri kanan tangga tu sakura. 






Sakura di sepanjang jalan ke Nakijin Castle


Langit mendung lagi hari ni


Tembok istana. Ini jelah yang tinggal.














Beli keledek bakar di kawasan rehat Nakjin Castle. 500 yen satu. Besar keledeknya boleh kongsi berdua. Nikmat dapat makan waktu sejuk sejuk ni. 

Dari Nakijin kami ke Kouri Island. Pulau kecil yang terkenal dengan jambatan panjang yang menghubungkan pulau ni dengan kawasan luar. Masa di sini angin tersangatlah kuat. Sejuk tu tak payah cakaplah, memang sejuk sangat. Kami tak buat apa pun di pulau ni. Jalan jalan tepi pantai, makan ais krim Blue Seal yang hanya ada di Okinawa lepas tu balik. Hahahah. Orang pun ramai. Dengan bas pelancong lagi. Susah juga nak cari parking. Kena pusing banyak kali. Tapi yang penting parking percuma. Hehe. 

Di kawasan pantai ni juga ada macam pasar orang jual barang barang hasil tempatan. Di sini jugalah buat pertama kali aku beli dan cuba makan anggur laut (sea grape). Benda ni popular di Okinawa. Kiranya one of Okinawa speciality. Orang Okinawa makan ni cicah dengan kicap masin je (Shoyu). Balik Malaysia barulah aku tahu Malaysia pun ada ni. Hahaha. Di Malaysia orang panggil latok. Aku rasa samalah kot. Tak taulah kalau lain. 

Selain anggur laut ni, satu lagi makanan popular di Okinawa adalah bitter gourd (Peria- betul kan? haha) Macam macam menu guna bahan ni. Paling popular menu Goya Champura, iaitu sayur goreng campur. Hahaha. Tapi aku tak cuba pun sebab tak jumpa yang halal dimakan. Semua ada letak bahan tak halal. Huhu. Takpelah lagipun aku tak makan peria ni. Hahaha. Katanya inilah salah satu rahsia penduduk Okinawa panjang umur. Makan benda nilah. Hehehe. 

Seberang jambatan nilah letaknya Kouri Island








Inilah rupa Sea Grape Okinawa. Gambar dari Google


Ini pula Goya Champuru. Salah satu makanan terkenal di Okinawa. Tapi aku tak jumpa pun yang halal. Gambar dari Google


Ini Sata Andagi. Donut manis dari gula hitam. Salah satu snek popular di Okinawa. Gambar dari Google

Lepas Kouri Island, kami ke Yomitan. Nak ke Cape Zanpa. Kat sini lagilah, angin bertambah kuat siap dengan hujan lagi. Tapi tetap gigih bergambar. Alang alang dah sampai kan. Tak lama di sini sebab hujan makin lebat. Kami beransur bergerak ke hotel di Chatan. Dalam perjalanan ke sana sempat singgah dulu makan di cafe di Chatan Beach. Malamnya lepak saja di hotel. Hujan lebat. Hajatnya malan tu nak Mihama American Village. Tapi disebabkan hujan lebat, tarik selimut jelah dalam bilik. Hahaha. 






















Mihama American Village. Kami bayangkan dalam mimpi je. Hahaha. Gambar dari Google. 













Comments

Popular posts from this blog

Shimane: Pekan kecil bernama Tsuwano

Yokoso Japan : Day 3 Tokyo~Takayama