Shimane: Izumo Taisha

Balik dari Tsuwano, kami terus ke Hiroshima. Esoknya lepas jalan-jalan di Hiroshima, naik tren ke Matsue, Shimane. 4 jam perjalanan. Dalam tren, semua tidur. Kepenatan. Sampai Matsue, dah malam. Terus ke guesthouse yang kami dah booked, berdekatan dengan stesen Matsue.

Esoknya, kami ke Izumoshi. Kami ke sini sebab nak ke Izumo Taisha yang merupakan kuil Shinto tertua dan terpenting di Jepun. Okay, bukanlah nak pergi tengok kuil sangat sebenarnya. Cuma kawasan dia cantik dan tak salah kan nak pergi menikmati permandangan di sana. 

Kami naik tren dari Stesen Matsue ke stesen Izumoshi. Dari sini (platform no.1) naik bas ke Izumo Taisha. Bas berhenti depan Starbucks dan pintu masuk Izumo Taisha ni betul betul depan Starbucks. Strategik betul. Hahaha. 

Pagi yang tenang di Matsue


Tak ingat ini di mana. Tapi rasanya salah satu stesen yang kami lalu dalam perjalanan ke Izumo

Stesen Izumoshi



Bas dari stesen Izumoshi akan berhenti depan Starbucks ni. Pintu masuk ke Izumo Taisha di seberang jalan. 

Selain JR, boleh naik Ichibata Railway juga ke sini. Kalau naik tren Ichibata, berhenti di di stesen Izumo Taisha-Mae. Dari sini, dalam 5 minit jalan kaki ke kuil ni. Hari yang kami pergi ni ramai orang. Katanya ada upacara sembahyang penganut agama Shinto masa ni. Kami jelah yang rupa lain tiba-tiba
menyibuk datang bergambar. Hahaha. 

Pintu masuk utama Izumo Taisha. Masuk Percuma je. 



Katanya laluan ni khas untuk dewa-dewa dia je. Manusia biasa tak boleh lalu sini. Kau jalan tepi je ye. 



Tali jerami gergasi ni dipanggil Shimenawa. Melambangkan pemisahan antara dunia nyata dan alam ghaib. 












Izumo Taisha ni juga dikenali sebagai kuil perkahwinan. Jadinya ramai lah yang datang ke sini berdoa nak minta jodoh. Yang muslim jangan dibuat pula ye walaupun sekadar suka-suka. Kau datang tengok je sudah lah. Di sini juga selalu berlangsungnya perkahwinan kerabat diraja Jepun. 



kalau tak silap aku, ini tilikan nasib malang. Di ikat di sini kiranya macam tinggalkan nasib malang di sini lah, tak bawa balik. Untuk muslim, kau jangan buat ye. Sekadar ambil tahu untuk tambah pengetahuan. 



Ada banyak statue arnab di sini. Mengikut kisahnya, arnab ni ada kaitan dengan dewa mereka dimana dewa mereka menyelamatkan seekor arnab putih dari dimakan jerung. Ini mengikut kata pakcik Google. Kalau salah, maka Google lah yang salah. hahaha






Kami beli En-Musubi perfect ticket. Tiket ni cover bas dari stesen Izumoshi ke Izumo Taisha Shrine, Ichibata Railways, Matsue City Bus, Matsue Lake Line Bus, dan banyak lagilah. Ada diskaun juga untuk masuk ke lebih 30 tempat tarikan pelancong di Matsue. 1500 yen untuk 3 hari (Sila semak website 
Visit Matsue untuk maklumat terkini yang lebih tepat)

En-Musubi ticket

keluar dari Izumo Taisha, kami jalan kaki menyelusuri deretan kedai berdekatan. Macam-macam ada jual sini. 







Kami teruskan berjalan kami ke stesen Lama Taisha. Mengikut kata orang di information counter, 10 minit je jalan kaki. Tapi, aku rasa macam tipu je. Hahahaha. Apa pun, kami sampai ke stesen ni dan bergambar lepas tu patah balik jalan kaki ke stesen Izumo Taisha. Balik semula ke Matsue. Sebab guesthouse dekat sangat dengan stesen, kami balik dulu solat lepas tu keluar semula. Pergi Aeon beli barang untuk masak makan malam. Lepas makan, duduk lepak je dalam bilik. Tuan guesthouse datang bilik hantar biskut dan air teh. Baiknya lah. Beria pula tu dia terangkan pada kami bahan-bahan biskut tu sebab dia takut kami tak boleh makan. Nanti aku cerita pasal guesthouse ni ye. 





Old Taisha Station. Tak ada orang. Sunyi sepi. Stesen ni dah tak digunakan lagi. Dah ada stesen baru. 




Macam seram je dia buat patung orang ni. Dahlah tempat ni sunyi sepi tak ada orang lain. 












Tren ni props untuk ambil gambar je. Dah tak digunakan lagi. 



Comments

Popular posts from this blog

Shimane: Pekan kecil bernama Tsuwano

Yokoso Japan : Day 3 Tokyo~Takayama

Okinawa Day 4 - Sakura di Nakijin