Posts

Shimane: Tapak Sejarah Lombong Iwami Ginzan

Image
Destinasi seterusnya kami ke Iwami Ginzan yang merupakan bekas tapak lombong perak di bandar Oda. Lombong ni adalah lombong perak terbesar dalam sejarah Jepun.Ia akif selama hampir empat ratus tahun, dari penemuannya pada tahun 1526 hingga penutupannya pada tahun 1923.Diiktiraf sebagai tapak warisan UNESCO pada tahun 2007. 

Shimane: Izumo Taisha

Image
Balik dari Tsuwano, kami terus ke Hiroshima. Esoknya lepas jalan-jalan di Hiroshima, naik tren ke Matsue, Shimane. 4 jam perjalanan. Dalam tren, semua tidur. Kepenatan. Sampai Matsue, dah malam. Terus ke guesthouse yang kami dah booked, berdekatan dengan stesen Matsue.

Shimane: Pekan kecil bernama Tsuwano

Image
Trip kali ni kami pergi jauh ke pedalaman. Kami gunakan JR pass sehabis baik. Dari Tokyo hingga ke Shimane dan balik semula ke Tokyo. Kalau dikira kos sebenar pengangkutan sepanjang perjalanan ni, hampir mencecah RM 4000. Tapi kami gunakan JR Pass, maka dapatlah berjimat sebab harga JR pass cuma lebih kurang dalam RM 1100 sahaja (pass 7 hari) . Syukur ada JR pass untuk kegunaan pelancong. Hehehe.

Okinawa Day 4 - Sakura di Nakijin

Image
Pagi ni lepas check out dari  Hotel kami terus ke Nakijin Castle ruins. Dekat je dengan hotel tempat kami menginap. Dalam 10 minit perjalanan dengan kereta. Sedikit sejarah mengenai Nakijin Castle. Pada masa dulu Okinawa Honto dibahagikan kepada tiga kerajaan. Hokuzon di Utara, Chuzan di tengah dan Nanzan di selatan.

Okinawa Day 3 - Whale shark di Akuarium Churaumi

Image
Pagi ni kami tinggalkan Naha utuk ke tempat lain. Untuk ke kawasan luar dari Naha, biasanya orang akan sewa kereta. Lebih mudah. Boleh juga naik bas tapi mungkin akan makan masa yang lama. Selain itu, ada juga agensi perlancongan yang menawarkan pakej pakej lawatan dengan menaiki bas persiaran. 

Okinawa - Day2 Naha

Image
Assalamualaikum...Semangat baru datang untuk update blog. Hihi.  Tahun 2020, aktiviti kita terbatas disebakan Covid-19.  Percutian ke luar negara kini hanyalah dalam memori. Semoga kita semua tabah menghadapi keadaan ini dan didoakan semoga semuanya baik baik belaka. Harapnya Covid-19 segera berlalu pergi dan kita dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Sementara ini, kita jalan jalan dalam negara dulu. Malaysia pun cantik juga.  

Okinawa: Tokyo to Naha

Image
Ku tinggalkan cinta di Okinawa....Chewah... Aku baru balik dari Jepun minggu lepas. Kali ni aku ke Okinawa dan Tokyo. Kenapa Okinawa? Kalau ikutkan, Okinawa bukanlah destinasi percutian popular bagi orang Malaysia. Kebanyakan orang Malaysia yang ke Jepun lebih bertumpu ke Tokyo, Osaka, Kyoto. Tapi, aku nak sangat pergi Okinawa ni sebab kebanyakan tempat di Jepun ni aku dah pernah pergi. Jadi, trip kali ni nak lah kelainan sikit. Kisah bermula bulan March 2017 bila kawan aku, WSK ajak pergi bercuti. Masa tu kami bincang dan terus buat keputusan nak ke Okinawa Jepun. WSK beli tiket dulu sebab masa tu aku tengah sibuk plan aku punya trip mengejar sakura Jepun bulan April 2017 (belum sempat update dalam blog pasal trip ni..hahaha) Bulan 10, baru aku beli tiket dan kebetulan masa tu Malaysia Airlines ada promo. Terus sambar tiket  ke Tokyo padahal sehari lepas tu ANA pulak ada promo murah sikit harga dari MAS. Ciss, tak apalah dah beli kan. Kalau nak lagi murah, dari Taiwan ada direct...