Cuti-cuti Malaysia Naik Keretapi
Bulan 6 baru ni aku ke Kelantan, Pulau Pinang dan Perak. Aku naik keretapi dari KL. Saja nak merasa pengalaman naik keretapi dalam negara sendiri. Mari aku cerita pengalaman aku bercuti dalam Malaysia menaiki keretapi. KTM Ekspres Rakyat Timuran Cara beli tiket: Sebelum naik keretapi mestilah kena beli tiket dulu kan. Ada pelbagai cara nak beli tiket ni. Boleh beli di kaunter, website KTMB ataupun di aplikasi KITS. Aku guna KITS sebab lebih mudah dan pantas. Cara nak beli tiket di KITS dan laman web KTMB ni sama je. Yang penting kena daftar dulu. Dah daftar boleh terus log in dan mula beli tiket. Kalau tak daftar, kita cuma boleh semak jadual perjalanan tapi tak boleh beli tiket. Aplikasi KITS dari KTMB Website KTM. Pilih New Ticketing untuk beli tiket Masukkan destinasi Pilih tarikh perjalanan sehala atau dua hala. Pilihan jadual yang diberikan. Kalau nak naik ETS dari Gemas pukul 1 pagi, baik naik ETS pukul 9.40 malam dari K Sentral. Sampai Gemas lebih kurang pukul 12 tengah malam.