Yokoso Japan: Day 9 Osaka

Last entry pasal Jepun. Malas dah nak cerita panjang-panjang.

Pagi ni check out dari Kyoto K's House dan terus ke Osaka. Pergi kaunter nak check out. Rasa terharu dengan layanan staff kat hostel ni. Berkali-kali diaorang ucap terima kasih siap tunduk lagi. Lepas tu tambah lagi terharu sebab diaorag siap hantar sampai ke luar bangunan dan tunggu sampai dah jauh baru masuk balik. Oh my...rindu kat Jepun..

Kat Osaka dah booked Hotel Toyo kat area Shinimamiya. Kali ni aku book single room sebab senang nak kemas barang. Aku stay kat sini sebab flight aku esok dari Kansai Airport. Lagipun esok aku dah tak boleh guna JR pass lagi. Duit yen pun dah makin susut. So, disebabkan Shinimamiya ni ada direct train pergi Airport, tu yang aku stay sini.

Destinati pertama lepas sampai Osaka - Pergi Osaka Castle. Naik train kat Shinimamiya station sampai Osakajokoen station. Dari station ni dah boleh nampak Osaka Castle kat atas bukit. Tapi.....jangan duk berangan lah. Jauh lagi nak sampai sana. Penat berjalan. Ke sebab aku yang pergi ikut jalan jauh. hahaha..

Mula-mula, lalu taman. Lepas tu tasik, kemudian naik tangga. Lepas tu jalan lagi jauh sebelum sampai castle ni.

Osaka Castle dari jauh
Kena lalu taman ni dulu

Lepas tu lalu sini. Tasik/sungai/parit? entah..


Ayuh kita mendaki. Phobia aku tengok tangga kat Jepun ni. Kat korea pun sama.

Burung yang disumpah jadi batu
Sebelum sampai castle, lalu sini dulu. Aku jalan santai-santai je. Ada juga orang jogging kat kawasan ni.

Osaka Castle moat

Bunga bunga cantik




Rombongan Sekolah

Sejarah pasal moat dan wall castle ni

Rasa macam nak guling guling je atas rumput ni :)


Sejarah pasal Osaka Castle Park

Dah lenguh kaki jalan baru lah nampak bayang gate nak masuk ke castle

Ini pulak gambar kawasan Osaka Castle. Kat atas ni juga ada kedai yang jual makanan dan souvenir.

Pintu gerbang nak masuk kawasan castle. Dah masuk dalam ni kena jalan jauh lagi ye







Akhirnya sampai juga kat sini

Cubaan untuk mengambil gambar tanpa terselit gambar orang lain adalah amat mustahil pada masa ni

Rombongan budak sekolah Jepun tengah beratur nak masuk dalam castle


Tak pasti ni bangunan apa
Jumpa kucing ni masa nak balik. Sombong gila. Mentang-mentanglah duk kat istana.

Dah puas ambil gambar, aku turun bawah semula dan menapak lah semula ke train station. Tengok dalam map tu ada gambar Tenjinbashisuji. Katanya shopping arcade yang terpanjang di Osaka. Aku pun pergi sana. Banyak juga barang murah. Kata orang, kalau nak shopping kat Jepun, pergi Osaka sebab kat sini murah. Murah lah kot compare degan tempat-tempat lain kat Jepun ni.

Aku jalan-jalan cuci mata je. Beli barang sikit nak habiskan saki baki duit yen yang ada. Jumpa kedai jual kuih ikan inti kacang merah. Dah la yang jual tu hensem. Maka, kenalah beli.Hahahaha... Kat sini tak keluar kamera pun sebab hujan. Sepanjang aku kat Osaka ni memang hujan je sampai ke malam :(

Disebabkan hujan makin lebat, aku balik hotel je. Sampai hotel dah boleh check in. Masuk bilik rehat kejap. Pastu malam tu keluar semula.

Aku nak ke Dotonbori. Station yang aku turun betul dah tapi aku tak sampai-sampai ke Dotonbori tu. Dah la hujan makin lebat masa tu. Walaupun tak sampai-sampai ke Dotonbori, banyak je shopping street kat  area  ni. Ataupun, memang inilah Dotonbori..hahhaa..ye, aku memang clueless..kekeke..

Last-last aku sampai juga kat jambatan Dotonbori. Sempat ambil gambar Glico Man yang famous tu. Hujan pulak tak berhenti lagi, Makin lebat adalah. Aku jalan balik ke station. Tapau beli makanan. Sempat juga beli satu beg nak isi barang. Then, balik hostel. Habis cerita pasal Osaka.

Glico Man

Malam tu hujan makin lebat. Memang syok je tidur.Esok nak ke Seoul pulak naik Peach Airline dari Kansai Airport.

Di Korea aku jalan dengan Noel yang aku kenal masa kat Takayama. Stay hostel lain-lain tapi dekat. Hari-hari jumpa kat Hongik Station. Hoho.. pasal makan, Noel memang serah kat aku. Terharu masa ni. Sebab kalau ikutkan, dia boleh je makan apa dia nak, tapi dia still ikut aku sebab nak makan sama-sama. Kami still contact sampai sekarang dan sempat jumpa dia lagi akhir tahun lepas masa dia datang KL.

So, dengan ini berakhirlah sudah kisah Jepun. Malas dah nak cerita panjang. Tunggu aku pergi lagi for the next trip. InsyaAllah... 

Comments

  1. Salam. how are you.. love this post on Japan..
    dah tak update blog dah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Hi Jasmarina, terima kasih sudi singgah sini :) Nak update tapi busy sikit. Insyaallah. nanti ada masa akan update juga.

      Delete
  2. Hi.. wondering if 8 days dkt sane dgn 10k rm cukup2 or terlalu byk? Bkn kaki shopping :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Fikri, terima kasih sudi singgah blog ni.
      Nak pergi area mana? Based on my experience rm10k tu terlampau banyak. selalunya saya budget dlm rm 4k je utk Jepun. Itupun ada lagi lebih bawak balik. Maybe kalau pandai jimat boleh buat dalam rm 3k. Tapi, dengan syarat kena cari accomodation yang murah dan budget lah :)

      Delete
  3. hi, jalan-jalan blog ni kumpul maklumat untuk trip japan insyllh tahun depan walaupun berbualan-bulan lamanya lagi. anyway nice sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Cik Izars, terima kasih sudi singgah blog ni. Syok tu nak ke Japan. Have fun planning your trip.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Shimane: Pekan kecil bernama Tsuwano

Yokoso Japan : Day 3 Tokyo~Takayama

Okinawa Day 4 - Sakura di Nakijin