My Travel Journal - Japan & Korea

Assalamualaikum. Selamat Meyambut bulan Ramadan Al-Mubarak. Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan semoga ibadah puasa kita diterima Allah s.w.t. Mengambil keberkatan 1 Ramadan untuk entri yang pertama.

Baru first time nak berblog. Bukan apa,saja nak kongsikan pengalaman aku bercuti ke Jepun dan Korea baru-baru ni. Lagipun,bagus juga tulis dalam ni. Tak adalah terlupa dan boleh juga dirujuk sekali sekala.

Aku ke Jepun dan Korea 4 ~ 17 May yang lepas. 4~12 May di Jepun. 13 - 17 May di Korea. Jepun aku pergi banyak tempat dan Korea Cuma di Seoul sahaja. Inilah first time aku travel seorang. Mula-mula macam tak yakin je aku boleh survive dlm 14 hari tu seorang. Masa tengah plan tu, macam-macam perasaan ada. Ada rasa macam tak nak pergi pun ada. Lagipun aku ni boleh dikatakan penakut la juga. Kalau kat KL ni boleh la aku redah seorang. Tapi kat oversea nun macam scary jugak la kalau difikirkan. Tapi, lepas baca banyak travel blog dan dengar cerita dari orang-orang yang selalu travel solo, aku yakin aku boleh. Kalau orang lain boleh, mesti aku pun boleh buat. Malaysia boleh! (Tiberr)

Sebelum aku bercerita lanjut tentang trip kali ni,meh aku tepek peta Jepun. Secara ringkas, route aku kat Jepun lebih kurang macam ni:


Tokyo – Takayama – Kawaguchiko – Kyoto – kobe – Osaka

sumber:google

Kat korea aku Cuma pergi Seoul saja,so tak payah la aku letak peta kan. Ini sahaja untuk entri pengenalan. Nanti sambung cerita di entri lain pula.

Comments

  1. Salam mawar merah bukan nama sebenar hihhi...terima kasih sudi singgah di blog JM..alaa..kenapa jadi silent reader je...say lah something so boleh lah JM buat kunjungan balas...

    blog ni pun menarik..JM suka baca blog jalan2---so nk add dalam my bloglist lah heee

    ReplyDelete
  2. Salam JM. Terima kasih sudi buat kunjugan balas di blog ni :) Selama ni pemalu, tu yang jadi silent reader je tu..hehe

    ReplyDelete
  3. total kos ke dua2 ngara tu berapa

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Shimane: Pekan kecil bernama Tsuwano

Yokoso Japan : Day 3 Tokyo~Takayama

Okinawa Day 4 - Sakura di Nakijin