Posts

Yokoso Japan: Day 2 Tokyo

Image
Mood rajin datang tiba-tiba. Dua entri dalam satu hari.hehe. Merangkak-rangkak lagi sebenarnya nak  menulis blog ni. Newbie lah katakan. Nak masukkan gambar pun terhegeh-terhegeh lagi..haish…itulah nak sangat buat blog kan. Orang lain dah lepas ke mana dah. Aku baru nak start. But, better late than never kan. So, sambung balik cerita pasal Jepun.  Hari ke-2 masih lagi di Tokyo. Bangun tidur pagi ni dengar budak katil sebelah cerita pagi tadi ada gempa bumi. Aku pun teringat yang awal pagi tadi memang aku ada terjaga sebab aku dengar bunyi bising macam orang berlari turun tangga. Aku terus tidur semula sebab aku ingat orang bilik atas yang berlari. Tapi atas tu mana ada bilik lagi dah. Lagipun apa ke halnya nak berlari turun tangga pagi-pagi buta. hahaha. Sengal. Rupa-rupanya itu bukan bunyi orang turun tangga tapi bangunan bergegar dan barang-barang jatuh..isk..isk..isk…nasib baik tak kuat sangat gegaran. Tengok berita pagi tu ada gempa bumi luar Tokyo. Yang rasa kat T...

Yokoso Japan: Day 1 Tokyo

Image
Uhuk..baru sekarang nak start cerita. Dari mula bulan puasa tahun lepas, dah habis raya dah nak masuk Raya Cina, barulah aku buka blog ni..hahahhaaa…banyak sangat hal nya. Laptop rosak la, busy la..malas pun iya juga. Kalau ikutkan hati malas nak buat blog ni tapi fikir balik buat ajelah..hahaha..macam bangang je intro. Jadinya dipendekkan cerita, dalam malas-malas aku ni aku gigihkan juga untuk update blog ni. Walaupun cerita trip aku ni dah basi dah. Tahun lepas punya cerita, sekarang dah masuk tahun 2015. Tak lama lagi dah nak start semula musim bunga kat Jepun. Layan jelah..aku rasa ingatan aku pasal trip ni pun dah macam kat hujung-hujung dah. Itulah pasal kena buat blog. Takut lupa terus.. berhenti membebel, jom sambung cerita. Aku sampai Narita Airport pukul 6.30 pagi waktu Jepun (Waktu jepun awal sejam dari Malaysia) Ini sebenarnya kali ke-dua aku ke Jepun. First time dulu datang dengan kawan-kawan. Lepas sahaja settle urusan immigresen, aku terus ambil beg dan pergi cari ka...